Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 113,000 terima suntikan pertama vaksin

HSA turut lapor terima 432 kes kesan negatif tetapi kebanyakan pulih selang beberapa hari
Jan 30, 2021 | 05:30 AM



LEBIH 113,000 orang telah menerima suntikan pertama vaksin Pfizer-BioNTech Covid-19 dan lebih 50 pula telah menerima dos kedua sehingga Rabu lalu, kata Kementerian Kesihatan (MOH).



Dalam pada itu, Penguasa Sains Kesihatan (HSA) telah menerima 432 kes laporan mengenai kesan negatif akibat suntikan itu.



Sebilangan besar menyatakan mereka mengalami rasa sakit dan bengkak di tempat suntikan, demam, sakit kepala, rasa pening, mual serta reaksi alergi seperti gatal, ruam dan bengkak pada mata atau bibir.



Kebanyakan daripada gejala ini kemudian pulih selepas beberapa hari, kata MOH.



Terdapat tiga kes anafilaksis, atau reaksi alahan teruk.



Namun, ketiga-tiga individu yang berusia 20-an dan 30-an tahun itu telah pulih dan keluar dari hospital setelah pemerhatian atau rawatan sehari, kata MOH dalam satu kenyataan lewat kelmarin.



Mereka mengalami beberapa kesan berbeza seperti ruam, sesak nafas, bibir bengkak, kesesakan tekak dan pening, tetapi dapat segera dikesan dan dirawat, tambah MOH.



Semua individu itu mempunyai sejarah alahan, termasuk alahan makanan seperti kerang, tetapi tidak ada yang mempunyai sejarah anafilaksis yang akan menghalang mereka menerima vaksin, kata MOH.



"Oleh kerana semua individu yang mengambil suntikan vaksin di Singapura dipantau, kesan yang dialami oleh tiga individu ini dengan segera dapat dipantau dan dirawat," tambahnya.



MOH menyatakan bahawa kadar kejadian anafilaksis di Singapura ialah sekitar 2.7 bagi setiap 100,000 dos. Ia berbanding dengan kadar sekitar satu hingga dua setiap 100,000 dos yang diberikan di luar negara.



"Variasi dalam kadar kejadian sudah dijangkakan pada awalnya kerana jumlah orang yang divaksin di sini hingga kini masih kecil," kata MOH.



Dalam satu maklumat lanjut, kementerian itu menyatakan bahawa lebih daripada 50 individu juga telah menerima dos kedua vaksin Covid-19 mereka.



"Jumlah ini dijangka meningkat dengan pesat dalam beberapa minggu akan datang ketika kami terus meningkatkan operasi vaksinasi kami dengan selamat," kata MOH.



Kementerian itu juga berkata setakat ini, faedah mendapatkan vaksin untuk melindungi diri daripada kesan penyakit Covid-19 yang teruk dan komplikasinya jauh melebihi risiko kejadian yang buruk.



MOH mengatakan bahawa mereka akan terus bekerjasama dengan HSA dan Jawatankuasa Pakar Vaksinasi Covid-19 untuk memantau keselamatan vaksin dan memastikan vaksin yang digunakan di Singapura selamat untuk masyarakat.



Pengarah Khidmat Perubatan Kementerian Kesihatan (MOH) Kenneth Mak berkata anafilaksis merupakan kesan sampingan vaksin Pfizer-BioNTech yang diketahui tetapi ia jarang berlaku.



Seperti vaksin yang berlainan, akan terdapat sebilangan kecil yang mengalami reaksi alergi setelah mengambil vaksin, katanya sambil menambah bahawa langkah-langkah pencegahan telah dijalankan seperti pemeriksaan sebelum dan sesudah vaksinasi.



"Kakitangan penjagaan kesihatan di Singapura pada umumnya membuat banyak laporan mengenai kesan kejadian negatif, yang mencerminkan kewaspadaan dan kepantasan mereka untuk melaporkannya.



"Kami akan terus bekerja sama dengan mereka dan rakan kongsi kami untuk memastikan vaksinasi ini dilakukan dengan selamat.



"Vaksinasi ini tetap selamat bagi mereka yang layak, dan saya mendorong semua warga Singapura dan penduduk jangka panjang untuk mengambil vaksin itu apabila tiba giliran anda," tambah Profesor Mak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >