SEORANG lelaki warga Cina ditangkap dan lebih 1,200 karton serta 2,200 paket rokok elak cukai dirampas di Jurong dalam satu operasi yang dijalankan Kastam Singapura pada 18 Februari. Dalam satu kenyataannya, Kastam Singapura berkata jumlah cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dielak itu masing-masing adalah sekitar $123,090 dan $9,790. Ia menambah bahawa prosiding mahkamah ke atas lelaki berusia 37 tahun itu sedang dijalankan. Pada hari itu, pegawai kastam memeriksa sebuah van berdaftar di Singapura di sekitar kawasan Jurong West 93. Mereka menemui 1,221 karton dan 2,200 paket rokok kontraban itu dibungkus dalam beg sampah berwarna hitam di dalam kompartmen simpanan kenderaan itu. Pemandu van itu ditangkap dan rokok elak cukai itu dirampas. Membeli, menjual, membawa, menghantar, menyimpan, memiliki, mempunyai dan mengendalikan barang-barang tidak dibayar cukai adalah kesalahan serius di bawah Akta Kastam dan Akta GST, kata Kastam Singapura. Jika didapati bersalah, pesalah boleh didenda hingga 40 kali ganda jumlah cukai dan GST yang dielak dan/atau dijel hingga enam tahun, menurut penguasa itu. Kenderaan yang digunakan bagi kegiatan berkaitan kesalahan itu boleh dirampas. Sesiapa mempunyai maklumat berkaitan kegiatan penyeludupan atau mengelak cukai atau GST boleh menghubungi talian Kastam Singapura: 1800-233-0000, atau menghantar e-mel kepada customs_intelligence@customs.gov.sg untuk melaporkan kegiatan haram itu. |
Pilih perkataan yang betul
1/3
< Kuiz sebelumnya
< Kuiz sebelumnya
27
0
Lebih 1,200 karton rokok elak cukai dirampas, pemandu van ditangkap
Feb 22, 2022 | 06:33 PM