Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 12,000 NSmen dan keluarga raikan Fiesta Keluarga di Safra Punggol

Sep 02, 2018 | 07:59 PM



 



 



Lebih 12,000 anggota kerahan Perkhidmatan Negara (NSmen) dan keluarga mereka, serta tetamu lain menjayakan Fiesta Keluarga di Safra Punggol pada Ahad (2 September) 2018.



Turut hadir ialah Presiden Halimah Yacob, yang memulakan salah satu acara - perlumbaan bayi berusia antara 10 dengan 12 bulan.



Puan Halimah, yang juga penaung SAFRA, berkata: “Saya berbesar hati melihat NSmen dan keluarga mereka mempererat hubungan di acara hari ini. Keluarga dekan di hati warga Singapura dan adalah sauh bagi NSmen di Singapura. Terima kasih NSmen, kerana kekal di Singapura dan berpegang kepada tanggungjawab di sini.”



Puan Halimah turut menulis ucapan terima kasih kepada NSmen di lukisan ‘acrylic’ berjudul ‘Defending Singapore, Our Home’ yang dijayakan oleh pelajar dan guru di sekolah seni Artary, yang terletak di Safra Punggol.



Selain perlumbaan bagi kanak-kanak berbilang peringkat usia, fiesta keluarga itu juga menganjurkan acara seperti berbasikal, permainan air, bowling dan karaoke.



Fiesta keluarga itu dianjurkan oleh Safra Punggol dan HeyBaby - pergerakan masyarakat untuk meraikan dan menyokong rumahtangga dan keibubapaan, sempena Hujung Minggu Keluarga Saya 2018.



Dalam kenyataanya ,Safra berkata acara itu juga bertujuan memperkukuh jalinan antara anggota keluarga.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >