Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 1,300 kedai HDB di 17 kawasan akan dapat $29j untuk dicergaskan semula

Aug 29, 2016 | 02:24 PM



PEMERINTAH akan menyediakan $29 juta untuk merapikan lebih banyak kedai Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) di seluruh pulau.



Ia pembiayaan terbaru dan terbesar dalam Skim Mencergaskan Semula Kedai (ROS) yang sedang berterusan bagi membantu perniagaan kekal berdaya saing.



Pembiayaan kali ini akan membantu 1,335 kedai, umum Menteri Negara Kanan (Pembangunan Negara), Encik Desmond Lee, pada Isnin (29 Ogos) semasa melawat Pusat Kejiranan Geylang East, salah satu daripada 17 tapak baru yang dipilih untuk dicergaskan semula.



Daripada jumlah itu, tujuh tapak akan menerima pembiayaan bersama daripada HDB untuk menaik taraf kawasan umum dan menjalankan kegiatan promosi.



Enam tapak akan menerima dana bagi naik taraf kawasan umum sahaja dan empat akan dibiayai hanya bagi acara promosi.



Semua tapak itu memohon bagi skim tersebut dan menyatakan apakah mereka mahu menaik taraf kawasan bersama, acara promosi atau kedua-duanya.



Tapak lain termasuk kawasan perumahan di Jurong East, Ang Mo Kio, Hougang, Tampines dan Bedok, antara lain.



ROS dipertingkat Mei lalu. Perubahannya termasuk meningkatkan bajet naik taraf bagi setiap kedai daripada $20,000 kepada $35,000 dan mengurangkan kos yang dibayar pemilik kedai daripada 50 peratus kepada 20 peratus, dengan had maksimum $5,000.



Dana baru juga telah dibentuk bagi kedai HDB supaya mereka boleh mengupah perunding bagi membantu mereka dengan projek naik taraf itu dan membentuk persatuan pedagang jika mereka belum mempunyainya.



Setakat ini, perniagaan di lapan tapak telah memohon untuk menubuhkan persatuan pedagang. Ini termasuk kedai di Circuit Road, Pusat Beli-Belah Keat Hong dan Bedok Reservoir Road.



Sejak diperkenal pada November 2007, ROS telah dimanfaat 54 pusat bandar dan kejiranan HDB.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >