LEBIH 1,300 perniagaan telah melaksanakan lebih 50 huraian teknologi dalam bidang seperti pengurusan pelanggan dan analitik menerusi Tech Depot sejauh ini, kata Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Chan Chun Sing.
Tech Depot menyediakan senarai berpusat bagi huraian teknologi yang boleh dimanfaatkan yang dibangunkan dan diluluskan oleh Agensi Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*Star), Enterprise Singapore dan Penguasa Pembangunan Media Infokom (IMDA) dalam Portal Syarikat Kecil dan Sederhana (SME).