Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Setempat

Lebih 13,000 pelajar terima keputusan GCE ‘N’ dengan kadar lulus tinggi

Dec 19, 2019 | 05:56 PM

LEBIH daripada tiga dalam empat pelajar aliran Normal (Akademik) akan melanjutkan ke Menengah 5 tahun depan, menurut keputusan GCE peringkat ‘N’ yang dikeluarkan hari ini (19 Disember).

Hampir kesemua 9,752 pelajar daripada aliran tersebut yang telah menduduki peperiksaan tahun ini lulus, iaitu 99.5 peratus.

Jumlah tersebut sama seperti apa yang dicatatkan tahun lalu, yang menunjukkan bahawa 76.9 peratus layak untuk menduduki peperiksaan GCE peringkat ‘O’ di Menengah 5.

Sekitar 13,700 pelajar telah menerima keputusan mereka hari ini.

Menurut kenyataan bersama Kementerian Pendidikan (MOE) dan Lembaga Peperiksaan dan Penilaian Singapura (SEAB), 38.1 peratus pelajar daripada aliran Normal (Akademik) menduduki subjek peringkat ‘O’ tahun ini di bawah sistem pengumpulan berdasarkan mata pelajaran atau subject-based banding (SBB), yang membolehkan pelajar mengambil mata pelajaran yang berbeza tahap kesukaran berdasarkan kebolehan mereka.

Keputusan mata pelajaran peringkat ‘O’ mereka akan dikeluarkan Januari nanti.