Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 13,000 peniaga kejiranan guna kaedah e-pembayaran dalam usaha pendigitalan

Dec 20, 2021 | 10:30 PM



HINGGA pertengahan November, lebih 13,000 peniaga di kawasan kejiranan telah menggunakan wadah pembayaran elektronik (e-pembayaran), manakala lebih 7,500 telah menerima huraian perdagangan digital, sejak usaha dilancarkan tahun lalu bagi membantu mereka bergerak seiring dengan pendigitalan.


Perangkaan itu dikongsi oleh Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan), Cik Low Yen Ling, dalam ucapannya di majlis Anugerah Bintang Perusahaan Kejiranan Singapura edisi ketujuh, yang diadakan di Kelab Chui Huay Lim pada Isnin (20 Dis).


Sebagai sebahagian daripada program Heartlands Go Digital yang dilancarkan pada Oktober tahun lalu, huraian yang dimanfaatkan oleh perniagaan sedemikian termasuk pembangunan wadah e-dagang, penggunaan laman web atau media sosial untuk mempromosikan tawaran mereka dan mendekati pelanggan, serta mempelbagaikan aliran pendapatan mereka melalui saluran dalam talian.


Program itu diketuai oleh Enterprise Singapore dan Jawatankuasa Pendigitalan dan Penggiatan Semula Kejiranan, yang dipengerusikan bersama oleh Cik Low.


“Aliran tenaga kerja dan rantaian bekalan terganggu disebabkan oleh penutupan sempadan dan sekatan yang timbul ekoran langkah pengurusan selamat. Perubahan ini menjejaskan kedua-dua perniagaan besar dan kecil, tetapi perniagaan kawasan kejiranan yang lebih kecil terutamanya terjejas,” katanya.


Cik Low menambah beliau gembira melihat Persekutuan Persatuan Pedagang Singapura (FMAS) dan Pusat Perniagaan Kejiranan Singapura (HECS) mengambil inisiatif untuk membantu perniagaan di kawasan kejiranan membuat inovasi dan menyesuaikan model operasi mereka.


“Mereka telah menerajui usaha untuk menggalak peniaga kejiranan agar menggunakan huraian perdagangan digital yang lebih sesuai dengan keperluan dan permintaan pengguna yang semakin meningkat, terutamanya generasi muda,” tambahnya.


Dianjurkan oleh FMAS, majlis anugerah itu mengiktiraf pencapaian perniagaan tanah air, dengan 40 menyerahkan penyertaan untuk bersaing.


“Pada mulanya, kami hanya berharap untuk menerima sekitar 30 peniaga yang mengambil bahagian, tetapi kami tidak menjangkakan sambutan yang begitu bersemangat,” kata presiden FMAS, Encik Yeo Hiang Meng.


Anugerah bagi perusahaan yang menjanjikan telah diberikan dalam lima kategori, iaitu perdagangan visual terbaik, perkhidmatan pelanggan terbaik, perniagaan paling boleh diberi francais, perniagaan paling inovatif dan pemasar terbaik.


“Pendigitalan dan transformasi perniagaan adalah satu perjalanan, dan pemerintah komited untuk menyokong peniaga kejiranan kami meneroka cara baru bagi mengembangkan perniagaan mereka,” kata Cik Low.


“Bagi perusahaan yang masih belum menggunakan alat digital dan kemahiran lain, mereka sentiasa boleh menoleh kepada FMAS dan HECS untuk memahami bantuan apa yang boleh mereka terima,” tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >