Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 14,000 pesakit manfaat Program Hospital-Ke-Rumah

May 05, 2020 | 07:10 PM



PROGRAM Hospital-ke-Rumah (H2H) yang disediakan hospital pemerintah telah dimanfaatkan lebih 14,000 pesakit, kata Menteri Kesihatan, Encik Gan Kim Yong, dalam jawapan bertulis bagi sesi parlimen hari ini.



Menjawab soalan yang dikemukakan Anggota Parlimen Dilantik (NMP), Cik Anthea Ong, menyentuh soal kemasukan semula pesakit ke hospital bagi golongan 20 peratus berpendapatan terendah, Encik Gan berkata, hospital awam menawarkan pelbagai program bagi mengurangkan kemasukan semula pesakit, dan ini termasuk H2H.



Laman SingHealth menerangkan bahawa Program H2H dijalankan di serata negara bagi memberi sokongan terhadap keselamatan pesakit dan peralihan mereka ke rumah, agar mereka dapat menjalani kehidupan  dan menikmati usia tua dengan baik dalam lingkungan masyarakat.



Ia disasarkan ke atas pesakit yang menghadapi keadaan kesihatan yang rumi dan bantuan sosial, dan berisiko tinggi dimasukkan semula ke hospital. 



Dalam jawapannya itu juga, Encik Gan turut mendedahkan bahawa bagi keadaan penyakit kronik, dengan menggunakan tahap pendidikan sebagai ukuran status sosioekonomi (SES), lelaki berpendidikan rendah dan ke bawah lebih terdedah menghadapi penyakit kencing manis, yakni 1.3 kali lebih tinggi.



Namun golongan ini kurang mengalami tekanan darah tinggi (0.9 kali) atau kolesterol tinggi (0.6 kali) bila dibandingkan dengan lelaki yang mempunyai pendidikan pasca menengah.



Bagaimanapun, wanita yang berpendidikan rendah dan ke bawah, lebih berisiko menghadapi penyakit kencing manis, yakni 3.4 kali lebih tinggi; 1.9 kali untuk tekanan darah tinggi; dan 1.4 kali untuk kolestrol tinggi berbanding mereka yang berpendidikan pascamenengah.



Encik Gan bagaimanapun memberi jaminan bahawa "golongan dalam SES yang rendah dan mengalami penyakit kronik menikmati akses penjagaan kesihatan yang baik dan keadaan kesihatan yang baik."



Di kalangan warga Singapura yang berpendidikan rendah dan ke bawah yang mempunyai penyakit kronik seperti kencing manis, tekanan dari tinggi dan kolestrol darah tinggi, lebih 90 peratus telah bertemu doktor mereka pada tahun sebelumnya bagi penyakit mereka itu.



Mereka menghadapi hasil rawatan yang setanding warga Singapura yang berpendidikan lebih baik  dalam menguruskan paras gula dalam darah dan kolesterol, meskipun kurang bagi kawalan tekanan darah. 



"Individu boleh menikmati hasil kesihatan yang baik dengan meenjaga kesihatan mereka, mendapatkan rawatan tepat pada masanya dan mengamalkan gaya hidup sihat. MOH (Kementerian Kesihatan) memberi kemudahan ini dengan mengurangkan kos bagi penjagaan kesihatan. 



Sebagai contoh, untuk pemeriksaan kesihatan, subsidi di bawah Pemeriksaan untuk Kehidupan telah dipertingkat pada September 2017. 



Di bawah skim yang disemak ini, Generasi Perintis tidak dikenakan bayaran ($0) untuk pemeriksaan manakala pemegang kad Skim Bantuan Kesihatan Masyarakat (CHAS) blue/jingga, serta Generasi Merdeka sejak November 2019, hanya perlu membayar $2, sedang warga Singapura lainnya hanya perlu membayar $5.



Pembayaran ini meliputi bayaran pemeriksaan, konsultasi doktor serta konsultasi susulan pertama di klinik am CHAS.



"MOH akan terus memantau ketidaksimbangan kesihatan dan mengadakan langkah-langkah bagi memastikan setiap warga Singapura punya akses ke penjagaan kesihatan yang bermutu dan bertepatan." 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >