Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 1,500 karton rokok tidak bayar cukai dirampas, seorang diberkas

Dec 15, 2021 | 05:49 PM



LEBIH 1,500 karton rokok tidak dibayar cukai yang disembunyikan di dalam enam unit penghawa dingin telah dirampas oleh pegawai Kastam Singapura pada 8 Disember lalu.



Seorang lelaki berusia 39 tahun telah ditahan semasa operasi yang dijalankan di sekitar Gambas Crescent di Sembawang, kata Kastam Singapura dalam satu kenyataannya pada Rabu (15 Disember).



Pada 8 Disember, pegawai Kastam telah memantau pergerakan lelaki itu, yang merupakan warganegara China, mengutip barang dari gudang sebelum memasukkannya ke dalam lori berdaftar Singapura.



Para pegawai kemudian melakukan pemeriksaan dan menemui 1,512 karton rokok tidak dibayar cukai di dalam unit penghawa dingin berkenaan.



Siasatan mendapati barang konsainan itu diimport dari China melalui kontena yang membawa barangan kepunyaan beberapa penerima.



Satu lagi karton dan sembilan paket rokok tidak dibayar cukai turut ditemui semasa pemeriksaan susulan di kediaman lelaki itu, kata Kastam Singapura.



Cukai yang tidak dibayar itu berjumlah $129,280 sementara jumlah cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang tidak dibayar berjumlah sehingga $10,370. 



Bungkusan rokok, karton serta lori yang digunakan itu telah dirampas pihak berkuasa. 



Kastam Singapura berkata prosiding mahkamah terhadap lelaki itu sedang berjalan.



Kastam Singapura berkata prosiding mahkamah terhadap lelaki itu sedang dijalankan.



Ia juga memberi amaran bahawa membeli, menjual, menghantar atau menyimpan barang yang belum dibayar cukai adalah kesalahan serius di bawah Akta Kastam dan Akta GST.



Pesalah boleh didenda sehingga 40 kali ganda jumlah cukai dan GST yang dielakkan, penjara sehingga enam tahun, atau kedua-duanya sekali.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >