Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih $150,000 dikumpul bantu mangsa nahas Lucky Plaza

MOH dan SCDF turut perjelas mengapa mangsa dihantar ke TTSH, dan bukan Mount Elizabeth
Jan 01, 2020 | 05:30 AM



ORANG ramai di Singapura telah mengumpul lebih $154,000 untuk mangsa Filipina dalam kemalangan di Lucky Plaza pada Ahad lalu, melebihi sasaran awal untuk mengutip $150,000.



Pusat bagi Pekerja Domestik (CDE) mengumpul jumlah itu daripada lebih 1,400 penderma sehingga 2.30 petang semalam, menurut perangkaan di laman kutip dana Giving.sg.



Semua hasil kutipan dana CDE itu akan disalurkan kepada empat pembantu rumah yang cedera dan benefisiari dua pembantu rumah yang meninggal dunia akibat nahas tersebut lapor The Straits Times (ST).



Pada petang Ahad, enam pembantu rumah warga Filipina itu sedang berkumpul di laluan pejalan kaki di Nutmeg Road belakang Lucky Plaza bagi sambutan awal Tahun Baru apabila sebuah kereta hitam Honda melanggar mereka.



Daripada enam mangsa itu, dua wanita merupakan adik-beradik - Cik Arlyn Nucos, 50 tahun, yang terkorban, dan Cik Arceli Nucos, 56 tahun, pula cedera.



Kemalangan itu turut meragut nyawa rakan mereka, Cik Abigail Danao Leste, 41 tahun.



Lagi tiga wanita berusia antara 37 tahun dengan 44 tahun menerima rawatan di Hospital Tan Tock Seng (TTSH).



Sementara itu, pihak berkuasa semalam menjelaskan mengapa mangsa tidak dihantar ke Hospital Mount Elizabeth yang berdekatan.



Dalam satu kenyataan bersama, Kementerian Kesihatan (MOH) dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata TTSH merupakan hospital terdekat yang boleh membantu mangsa kecemasan yang mengalami trauma teruk.



Hospital Mount Elizabeth pula tidak dilengkapi dengan kemudahan untuk menangani kecemasan sedemikian.



Menjawab pertanyaan ST, MOH dan SCDF menjelaskan, ambulans kecemasan SCDF membawa pesakit yang mengalami trauma yang teruk ke jabatan kemalangan dan kecemasan terdekat yang dilengkapi dengan sumber, peralatan dan sokongan perubatan yang diperlukan bagi menangani kerumitan penjagaan sedemikian.



Dalam kes itu, TTSH ialah hospital terdekat, bukan Hospital Mount Elizabeth.



"Di samping itu, sebagai sebahagian daripada pengurusan penjagaan perubatan pra-hospital, semua ambulans kecemasan SCDF dilengkapi dengan peralatan perubatan yang diperlukan dan dikendalikan oleh paramedik dan kru terlatih yang mampu melakukan resusitasi ke atas pesakit," kata pihak berkuasa.



SCDF dimaklumkan mengenai kemalangan berhampiran Lucky Plaza itu kira-kira 5 petang Ahad lalu dan menghantar enam mangsa ke TTSH dalam lima ambulans.



TTSH pula telah dimaklumkan oleh ambulans pertama untuk bersiap sedia menerima pesakit tersebut.



* Artikel ini telah disemak bagi menambah ketepatannya. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >