Lebih 150,000 keluarga mohon baucar ringankan kos pengangkutan awam yang bakal dinaikkan, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:37
Syuruk
7:01
Zuhur
1:08
Asar
4:33
Maghrib
7:12
Isyak
8:28

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Lebih 150,000 keluarga mohon baucar ringankan kos pengangkutan awam yang bakal dinaikkan

Dec 24, 2018 | 01:56 PM

LEBIH 150,000 keluarga telah membuat permohonan untuk baucar yang dapat membantu meringankan kesan kenaikan harga pengangkutan awam, sejak permohonan untuk tahun ini dimulakan pada 12 November. 

Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Persatuan Rakyat (PA) berkata dalam kenyataan bersama hari ini bahawa kesemua permohonan tersebut dikumpulkan di 108 kelab masyarakat (CC) sehingga 12 Disember. 

Majlis Pengangkutan Awam mengumumkan Oktober lalu bahawa tambang pengangkutan yang disemak akan bermula 29 Disember. 

Antara perubahan yang akan dikuatkuasakan termasuk, tambang bas dan kereta api yang naik enam sen setiap perjalanan, manakala tambang kereta api dan tambang bas tunai dewasa akan naik 10 sen. 

Untuk membantu keluarga yang memerlukan menyesuaikan diri dengan perubahan tambang tersebut, pemerintah akan memperuntukkan $9 juta dari Dana Pengangkutan Awam, atau sekitar 30,000 baucar bernilai $30 setiap satu. 

Halal Home-based Businesses
We want to help Halal Home-based Business owners during these tough times. See the link below.
Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Ini merupakan jumlah baucar terbanyak yang pernah ditawarkan dalam satu masa. 

Baucar tersebut boleh digunakan untuk membeli atau menokok tambah kad tambang, atau untuk membeli pas bulanan. 

 

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map