Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 1,600 karton rokok elak cukai dirampas, dua lelaki ditangkap

Feb 27, 2022 | 05:30 AM



DUA warga China ditangkap dan lebih 1,600 karton rokok elak cukai dirampas pegawai Kastam Singapura Rabu lalu.



Pegawai kastam memerhatikan dua lelaki itu memindahkan barang dalam beg sampah hitam dari sebuah lori berdaftar di Singapura ke sebuah van, juga berdaftar di Singapura, di tempat letak kenderaan berat Marsiling Crescent.



Apabila membuat pemeriksaan, mereka menemui 1,636 karton serta 80 paket rokok elak cukai, kata Kastam Singapura dalam satu kenyataan semalam.



Pegawai kastam kemudian memeriksa rumah salah seorang lelaki itu dan menemui satu karton dan enam paket rokok elak cukai.



Duti yang dielakkan berjumlah sekitar $140,390, sementara cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dielakkan ialah $11,170.



Bungkusan rokok, karton, van dan lori itu dirampas.



Kastam Singapura berkata prosiding mahkamah terhadap lelaki berusia 32 dan 42 tahun itu sedang berjalan.



Ia memberi amaran membeli, menjual, menghantar atau menyimpan barang belum dibayar cukai adalah kesalahan serius di bawah Akta Kastam dan Akta GST.



Pesalah boleh dihukum denda hingga 40 kali ganda jumlah duti dan GST yang dielak, penjara hingga enam tahun, atau kedua-dua hukuman.



Kenderaan yang digunakan bagi melakukan kesalahan itu juga boleh dirampas.



Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan penyeludupan atau mengelak cukai atau GST boleh menghubungi talian hotline Kastam Singapura di 1800-2330000 atau e-mel custom_intelligence@customs.gov.sg untuk melaporkan aktiviti haram ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >