Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 1,700 derma darah, yang layak digesa tampil

Jul 16, 2022 | 05:50 AM



LEBIH 1,700 penderma darah semua jenis telah tampil untuk mendermakan darah mereka sepanjang empat hari lalu, satu kenaikan 45 peratus daripada angka biasa, kata Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, dalam satu catatan di Facebook kelmarin.



Palang Merah Singapura (SRC) dan Encik Ong telah membuat rayuan minggu lalu bagi orang ramai menderma darah jenis A+ dan O+, dengan sekurang-kurangnya 600 unit darah A+ dan 1,200 unit darah O+ diperlukan dalam tempoh dua minggu akan datang. Jika tidak, pembedahan elektif utama yang memerlukan kededua jenis darah itu perlu ditunda.



Sedang Encik Ong tidak menyatakan angka unit bagi setiap jenis darah yang didermakan itu sejak catatannya minggu lalu, beliau berkata kenaikan 45 peratus merupakan "satu isyarat perpaduan dan sokongan daripada orang ramai".



Namun, beliau menggesa para penderma yang layak untuk terus tampil, memandangkan "semua bekalan darah kami tidak berada pada tahap yang menyihatkan. Bekalan darah bagi kumpulan darah negatif (A-, B-, O-, AB-) kini berada pada kadar rendah."



Dalam satu kenyataannya minggu lalu, SRC menyatakan bahawa bekalan darah A+ dan O+ yang rendah diakibatkan penggunaan tinggi jenis darah tersebut, serta kurangnya penderma daripada biasa yang tampil.



Sedang pertubuhan itu mendapatkan penderma kededua jenis itu Khamis minggu lalu menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dan platform media sosial, ramai yang dihubungi dilaporkan telah menghidap Covid-19.



Singapura kini sedang berhadapan dengan gelombang jangkitan Covid-19, yang mencapai angka 16,870 kes baru Rabu lalu, dengan Kementerian Kesihatan (MOH) mengaitkan peningkatannya kepada pertambahan kes yang biasa dilihat selepas cuti hujung minggu yang panjang.



Terdapat sebanyak 11,772 kes baru kelmarin, dengan 766 pesakit dimasukkan ke hospital, dan 20 daripada mereka dalam unit jagaan rapi, serta empat kematian dilaporkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >