Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 17,000 slot solat Raya sudah ditempah

Muis: Diharap yang tidak berpualang faham dan sabar dirikan solat di rumah
May 12, 2021 | 05:30 AM



MESKIPUN khidmat tempahan slot solat Hari Raya Aidilfitri dalam talian mengalami kegenjotan sebaik ia dibuka, kesemua slot habis ditempah beberapa minit selepas khidmat itu diteruskan.



Seramai 17,192 orang berjaya mendapatkan slot mereka di masjid-masjid yang akan mengendalikan solat Hari Raya.



Memberikan responsnya kepada pertanyaan yang diterima mengenai sistem tersebut, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) berkata ia menjangkakan jumlah permintaan yang tinggi bagi tempahan slot tersebut.



"Kami jangkakan jumlah permintaan yang tinggi, untuk itu Muis memperbaiki sistem supaya ia dapat menggandakan keupayaannya bagi menampung jumlah tempahan yang berganda berbanding tempahan slot solat Jumaat.



"Malangnya, 'server' tidak dapat kekal stabil disebabkan pengguna yang ramai yang cuba membuat tempahan pada masa yang sama," menurut kenyataan Muis.



Muis menambah ia faham rasa kekecewaan orang ramai yang begitu menanti-nantikan peluang mendirikan solat Hari Raya di masjid.



Ia meminta maaf kerana tidak dapat memberikan lebih banyak ruang dan peluang bagi masyarakat dalam tempoh pandemik ini dan menekankan pentingnya usaha mengurangkan jangkitan dalam masyarakat dan memastikan keselamatan seluruh negara.



"Kami berharap mereka yang tidak berjaya menempah slot untuk solat di masjid faham dan sabar serta mendirikan solat Raya di rumah bersama keluarga," ujarnya.



Muis berkata ada kes di mana jemaah lelaki tersalah tempah slot yang diperuntukkan bagi wanita dan meminta kerjasama mereka supaya membatalkan tempahan tersebut untuk memastikan peluang turut sama diberikan kepada kaum wanita.



"Sedang seluruh dunia menghadapi pandemik ini, mari kita sama-sama bersyukur atas peluang yang masih ada di Singapura ini untuk mendalami kerohanian dan keimanan kita dalam bulan Ramadan serta menyambut kejayaan kita dalam Syawal," katanya.



Orang ramai boleh mendapatkan panduan solat Hari Raya Aidilfitri di https://bit.ly/3uvOKyk.



Panduan yang disenaraikan termasuk niat yang perlu dibaca, langkah yang perlu dilaksanakan, serta surah serta doa yang boleh dibaca.



Sementara itu, mereka yang perlu menukar atau membatalkan tempahan slot mereka boleh ke https://ourmosques.commonspaces.sg/check-booking-confirmation.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >