Lebih 18,000 kotak rokok tidak dibayar cukai, lima orang diberkas
Jul 18, 2016 | 05:30 AM
EMPAT lelaki dan seorang wanita diberkas dalam operasi dua hari yang dijalankan bersama Kastam Singapura dan Polis Pengawal Pantai (PCG).
Menurut kenyataan bersama agensi tersebut, sejumlah 18,048 kotak rokok yang tidak dibayar cukai telah dirampas. Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) terlibat bernilai lebih $154,000.