Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 18,200 pelawat dari negara risiko rendah kunjungi SG bawah ATP

Apr 14, 2021 | 05:30 AM



LEBIH 18,200 pelawat telah memasuki Singapura menggunakan skim pas perjalanan udara (ATP) sejak negara ini membuka sempadan secara sepihak kepada negara-negara yang mempunyai kadar jangkitan Covid-19 rendah pada September tahun lalu.



Menjawab pertanyaan, Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) berkata sehingga 8 April, kebanyakan pelawat jangka pendek yang boleh memasuki Singapura tanpa sekatan kepada pergerakan mereka di sini atau syarat menjalani notis jangan keluar rumah berasal dari China.



Terdapat sekitar 12,800 pelawat sedemikian, atau 70 peratus daripada jumlah keseluruhan.



Sekitar 2,400 pelawat pula tiba dari Australia, dengan lagi sekitar 300 dari New Zealand.



Lagi 800 pelawat pula tiba dari Brunei dan sekitar jumlah yang sama dari Taiwan.



Seramai 1,100 pelawat tiba dari Vietnam, namun bilangan kes Covid-19 yang melonjak di sana menyebabkan permohonan bagi ATP dari negara itu digantung pada 9 Februari.



Skim ATP membolehkan semua jenis perjalanan jangka pendek, termasuk bagi riadah.



Ini berbeza daripada aturan Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) yang diperuntuk khas bagi perjalanan perniagaan penting dan perjalanan rasmi.



Skim tersebut pertama kali dibuka kepada pelawat dari Brunei dan New Zealand pada September tahun lalu.



Mengumumkan skim itu pada bulan sebelumnya, Menteri Pengangkutan Ong Ye Kung berkata pembukaan semula sempadan Singapura secara sepihak itu kepada kededua negara terebut adalah langkah kecil dan berhati-hati yang boleh memberi nyawa semula kepada Lapangan Terbang Changi.



Ia juga adalah undangan kepada dunia dan memberi isyarat Singapura dibuka semula bagi perniagaan, kata Encik Ong.



Selanjutnya, Singapura membuka semula sempadan kepada pelawat dari Australia, kecuali dari negeri Victoria, dan Vietnam pada Oktober.



Sebulan selepas itu, sempadan negara ini dibuka pula kepada pelawat dari Victoria dan China, sementara pelawat dari Taiwan dibenarkan memohon bagi ATP dari Disember tahun lalu.



Pelawat yang memasuki Singapura menggunakan ATP harus mematuhi beberapa syarat.



Pas itu hanya sah digunakan untuk memasuki Singapura sekali dan dalam tempoh seminggu dari tarikh yang ditetapkan untuk memasuk negara ini.



Setibanya di Singapura, pelawat sedemikian perlu mengambil ujian Covid-19 dan mengasingkan diri di tempat penginapan yang bukan di kawasan perumahan, seperti di hotel.



Jika mereka diuji negatif, mereka dibenarkan melakukan kegiatan sendiri, tetapi harus menggunakan aplikasi TraceTogether sepanjang tempoh di sini.



Pelawat juga bertanggungjawab membayar bil perubatan mereka sendiri jika mereka memerlukan rawatan bagi Covid-19.



Sejak Februari, mereka juga perlu membeli insurans perjalanan yang membiayai bayaran minimum $30,000 bagi sebarang perbelanjaan berhubung Covid-19.



Dalam wawancara dengan stesen radio Money FM 89.3 pada bulan lalu, Encik Ong berkata pembukaan semula sempadan Singapura secara sepihak tidak menyebabkan jangkitan dalam masyarakat di sini.



Beliau berkata jumlah penumpang di Lapangan Terbang Changi hanya 2.6 peratus tahap yang dilihat sebelum pandemik Covid-19.



Menurut statistik di laman web Lapangan Terbang Changi pula, sekitar 714,500 penumpang melalui lapangan terbang tersebut antara September tahun lalu dengan Februari tahun ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >