Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 192,000 kanak-kanak 5-11 tahun sudah dapat 1 dos vaksin

Feb 05, 2022 | 07:11 AM



LEBIH 192,000 kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun telah diberi sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19, manakala lebih 56,000 telah mendapat kedua-dua suntikan, kata Kementerian Pendidikan (MOE) semalam.



MOH bercadang mengurangkan bilangan pusat vaksinasi kanak-kanak secara beransur-ansur mulai 27 Februari, bermula dengan penutupan dua pusat di Nanyang dan Kelab Masyarakat Queenstown.



Ini kerana pihak berkuasa menjangka permintaan bagi vaksinasi kanak-kanak berkurangan menjelang akhir bulan ini.



Kedua-dua pusat itu akan terus menerima janji temu yang dibuat di portal Sistem Temu Janji Nasional Kementerian Kesihatan (MOH) hingga ia berhenti beroperasi.



Namun mulai lusa, pusat ini tidak akan lagi menampung pengunjung yang datang untuk mendapatkan dos pertama mereka.



Usaha Singapura memberi vaksin kepada lebih 300,000 kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun bermula pada 27 Disember lalu.



Menurut MOE, tiga perempat pelajar sekolah rendah telah mendaftar untuk mendapatkan vaksinasi.



Tujuh daripada 10 pelajar telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos, dengan kadar yang sama dijangka menerima dos kedua mereka menjelang akhir bulan ini.



Kementerian itu menambah bahawa ia juga menerima hampir 18,500 pendaftaran daripada kanak-kanak prasekolah, dengan hampir 13,000 daripada mereka telah menerima sekurang-kurangnya satu suntikan.



Hampir 250,000 dos telah diberi secara keseluruhan, dengan jumlah rekod hampir 60,000 dos diberi pada minggu terakhir bulan lalu.



Pihak berkuasa juga telah mula melancarkan suntikan penggalak secara progresif untuk mereka yang berumur 12 hingga 17 tahun, dengan yang berumur antara 16 dan 17 tahun diminta mendapatkan dos penggalak mereka terlebih dahulu.



"Kami amat menggalak mereka yang layak dari segi perubatan untuk mendapatkan vaksin penggalak mereka lebih awal bagi perlindungan lebih baik," kata MOE lagi.



MOH berkata ia akan menempatkan pasukan vaksinasi bergerak ke sekolah pendidikan khas, untuk menampung pelajar yang mungkin menghadapi kesukaran untuk pergi ke pusat vaksinasi.



Mengulas mengenai penutupan pusat vaksin kanak-kanak, MOE berkata kurang kanak-kanak masih memerlukan vaksinasi Covid-19 menjelang akhir bulan ini.



Menutup pusat sedemikian akan membolehkan MOH memperuntuk lebih banyak sumber ke program vaksinasi penggalak nasional, tambahnya.



Sebanyak 13 pusat vaksin kanak-kanak akan terus dibuka.



MOE menggesa ibu bapa supaya memastikan anak mereka mendapatkan vaksinasi secepat mungkin sedang kes varian Omicron Covid-19 terus meningkat di sini.



"Dengan kadar vaksinasi tinggi, kami boleh melihat ke arah meneruskan lebih banyak elemen kehidupan sekolah dengan perlindungan sesuai," kata MOE.



"MOE akan terus memantau situasi Covid-19 dan membuat penyesuaian jika perlu untuk memastikan sekolah kita selamat."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >