Lebih 1kg heroin dirampas, dua warga Singapura diberkas, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:29
Syuruk
6:47
Zuhur
12:51
Asar
4:07
Maghrib
6:52
Isyak
8:02
Suatu Ketika di Singapura
Berita Harian SoSedap: Sokong kedai makan halal tempatan kita dan menangi baucar $100 Takashimaya!
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Lebih 1kg heroin dirampas, dua warga Singapura diberkas

Dec 12, 2019 | 05:37 PM

SEORANG lelaki 48 tahun dan seorang wanita 42 tahun - kedua-duanya warga Singapura - telah ditangkap semalam (Rabu, 11 Dis) kerana disyaki mengedar dan menyalah guna dadah.

Pegawai dari Biro Narkotik Pusat (CNB) memberkas lelaki itu yang disyaki pengedar dadah di salah satu kolong blok di kawasan Woodlands Street 13.

Sebelum penangkapan itu, dia dilihat keluar dari sebuah unit di tingkat dua.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, CNB berkata sekitar 1,415 gram heroin, satu botol yang mengandungi methadone dan wang tunai $11,000 dijumpai dalam unit tersebut.

Beg sandang yang dibawa suspek pula mengandungi 25 gram dadah 'ice' dan 168 gram heroin.

Halal Home Based Business
Savour The Flavour by Chef Im

Savour The Flavour ingin menyajikan makanan yang berkualiti...

OKathira!

Air kathira luar biasa. Banyak inti, tak rugi!

Ms Lid's Packed Bento

Set bento untuk sumbangan atau delivery ke rumah

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Satu paket kecil yang mengandungi dadah heroin seberat 2 gram pula didapati dalam kocek seluar jeans suspek.

Jumlah keseluruhan heroin yang dirampas itu mampu memenuhi ketagihan sekitar 754 penyalah guna dadah selama seminggu.

Sementara itu, wanita yang berada dalam unit yang sama - yang disyaki penyalah guna dadah - juga ditangkap.

Keseluruhan dadah yang dirampas dalam operasi itu dianggarkan bernilai sekitar $113,000.

CNB berkata siasatan sedang dijalankan.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map