Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 2 juta wang kertas $20 dikeluarkan: Mohon dalam talian dari Isnin

Sep 16, 2019 | 08:39 AM



ORANG ramai boleh memohon untuk mendapatkan wang kertas $20 sebagai peringatan Bicentennial Singapura secara dalam talian bermula Isnin (16 September) hingga 13 Oktober.



Penguasa Kewangan Singapura (MAS) mengumumkan pada Isnin bahawa ia telah melancarkan perkhidmatan aplikasi dalam talian untuk mendapatkan lebih dua juta keping wang kertas tersebut.



Permohonan boleh dilakukan di go.gov.sg/mas, dan dibuka kepada warganegara Singapura dan penduduk tetap.



Setiap pemohon boleh memohon sehingga 10 keping.



Pemohon yang berjaya akan diberitahu selewatnya pada 3 November. 



Mereka boleh mendapatkan wang kertas tersebut pada harga $20 setiap satu bermula awal November.



Menurut MAS, pemohon boleh mendapatkan wang kertas itu semasa tempoh pertukaran dijalankan, dan menekankan bahawa pemohon tidak perlu tergesa-gesa beratur untuk mendapatkan wang kertas tersebut.



Sebelum ini, dua juta wang kertas $20 ini telah dikeluarkan sempena memperingati Bicentennial Singapura, dan kesemuanya telah ditukar di bank dalam tempoh satu minggu berikut pelancarannya pada 5 Jun lalu.



Pada waktu itu, setiap pemohon dibenarkan mendapatkan sehingga 20 keping wang kertas sahaja dalam setiap transaksi.



MAS mengumumkan pada Jun bahawa ia akan mengeluarkan lagi dua juta keping wang kertas memperingati Bicentennial Singapura bernilai $20 kerana ia telah mendapat sambutan hangat dari orang awam.



Atas permintaan yang amat menggalakkan daripada orang ramai, pemohon boleh dilihat beratur panjang di cawangan bank seluruh negara.



Wang kertas $20 itu juga dijual dalam talian pada harga yang tinggi, malah ada yang menawarkan lima keping wang kertas itu pada harga $1,688.



MAS berkata pada Isnin bahawa pemohon untuk dua juta wang kertas tambahan itu mungkin tidak akan menerima jumlah wang kertas penuh yang telah mereka mohon.



"Sekiranya permintaan sangat kuat, MAS akan cuba memperuntukkan sekurang-kurangnya satu keping kepada setiap pemohon untuk memberi peluang kepada semua untuk mendapatkan wang kertas itu," kata MAS dalam satu kenyataan.



Ia menambahkan bahawa pemohon daripada golongan Perintis dan Generasi Merdeka akan diberi keutamaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >