Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 20 penunggang e-skuter, e-basikal ditangkap semasa operasi malam LTA di Punggol

May 18, 2019 | 02:54 PM



LEBIH 20 penunggang e-skuter dan e-basikal ditangkap semasa satu operasi yang dijalankan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dan agensi lain pada Jumaat malam (17 Mei).



Dalam satu pos Facebook hari ini (Sabtu, 18 Mei), LTA berkata ia juga menyita 11 peranti, termasuk satu alat mobiliti peribadi (PMD) yang beratnya hampir 60kg, iaitu tiga kali ganda berat yang dibenarkan.



Selain ditangkap kerana menggunakan PMD yang tidak mematuhi had yang dibenarkan di laluan awam, pengguna itu juga ditangkap atas kesalahan memecut pada 30 kilometer sejam, melebihi had kelajuan yang diizinkan, tambah LTA.



Lebih 60 pegawai berpakaian biasa termasuk mereka dari LTA, polis dan Lembaga Taman Negara terlibat sama dalam operasi penguatkuasaan di Punggol itu, menurut laporan The Straits Times.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >