Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 200 jadi mangsa penipuan jualan tiket konsert dalam talian

Jan 16, 2019 | 04:14 PM



POLIS telah menerima lebih 200 laporan mengenai penipuan e-dagang melibatkan jualan tiket konsert dan acara lain tahun lalu.



Dalam perkongsian melalui Facebook hari ini, pihak polis mengingatkan mereka yang mahu ke konsert mengenai penipuan sebegitu.



Dalam kes-kes yang berlaku tahun lalu, mangsa sama ada tidak menerima tiket mereka atau menerima tiket yang tidak sah setelah pembayaran dilakukan, menurut laporan The Straits Times.



Konsert-konsert yang bakal berlangsung tahun ini termasuk oleh kumpulan K-pop, BTS, penyanyi Britain, Ed Sheeran dan penyanyi Amerika, Josh Groban dan John Mayer.



BTS akan membuat persembahan Sabtu ini di Stadium Negara. Harga tiket bagi konsert tersebut dilaporkan antara $88 dengan $348, dan telah habis dijual dalam masa empat jam.



Ed Sheeran pula dijangka mengadakan konsertnya pada 26 April nanti di Stadium Negara dan harga tiket adalah antara $68 dengan $98.



Tiket-tiket pra-jualan bagi persembahan John Mayer, yang akan berlangsung pada 1 April nanti di Stadium Tertutup Singapura telah mula dijual Selasa lalu pada harga antara $108 dengan $248.



Jualan tiket bagi orang ramai akan bermula hari ini.



Di samping itu, tiket-tiket bagi konsert Josh Groban yang akan berlangsung pada 25 Februari nanti di The Star Theatre dijual pada harga antara $108 dengan $328.



Polis menasihati orang ramai agar tidak membeli tiket pada harga yang tampak terlalu murah, atau melakukan pembayaran mahupun deposit terlebih dahulu.



Ia juga mengingatkan pembeli agar membeli hanya daripada penjual yang sah.



Mereka yang mahu melaporkan penipuan boleh menghubungi polis di 1800-255-0000 atau melalui laman www.police.gov.sg/iwitness.



Maklumat lanjut mengenai penipuan boleh didapati di 1800-722-6688 atau www.scamalert.sg.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >