PENGGANTUNGAN UMRAH
Lebih 2,000 jemaah S'pura terjejas dek langkah Saudi kekang Covid-19
Feb 28, 2020 | 05:30 AM
LEBIH 2,000 jemaah setempat yang telah mendaftar untuk menunaikan umrah bulan depan mungkin terpaksa membatalkan hasrat ke Arab Saudi setelah kerajaan negara itu melarang jemaah dengan visa umrah daripada memasuki negara tersebut, sebagai sebahagian usahanya mengekang penularan koronavirus.
Kerajaan Saudi juga menggantung pemberian visa pelancong bagi warga beberapa negara di mana koronavirus telah menular, termasuk pelawat dari Singapura.