Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 2,000 sertai acara jalan kaki tingkat kesedaran barah buah dada

Dec 27, 2021 | 05:30 AM



LEBIH 2,000 orang telah menyertai acara berjalan kaki beramai-ramai yang diadakan dalam talian demi meningkatkan kesedaran tentang barah buah dada sejauh ini.



Acara Pink Ribbon Walk 2021 anjuran Yayasan Barah Buah Dada (BCF) itu berlangsung selama sebulan hingga 31 Disember dan bertujuan memaparkan sokongan masyarakat terhadap golongan pesakit barah buah dada di Singapura.



Ini merupakan tahun ke-13 acara itu diadakan dan peserta boleh mengambil bahagian secara maya dari mana-mana lokasi, meskipun dari luar negara dan boleh melakukannya pada bila-bila masa.



Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Cik Indranee Rajah turut serta dalam acara itu dan telah berjalan sejauh 13 kilometer secara fizikal dari Marina Bay Sands ke Taman East Coast semalam.



Menekankan pentingnya meningkatkan kesedaran tentang barah tersebut, Cik Indranee menggesa golongan wanita untuk menjalani pemeriksaan awal bagi mengesan penyakit itu.



"Kaum wanita perlu sedari, cara terbaik untuk menangani barah buah dada ini adalah dengan mengesannya pada peringkat awal.



"Memang tiada cara yang terbukti berkesan mencegah barah buah dadah, tetapi apabila ia dapat dikesan di peringkat awal, ia mampu meningkatkan peluang untuk hidup secara drastik.



"Barah buah dada juga bukan hanya menjejas golongan wanita yang lebih berusia, malah ramai wanita muda yang disahkan menghidapinya," kata Cik Indranee, yang turut terdorong oleh pengalaman peribadinya sendiri.



Kakak beliau meninggal dunia akibat penyakit itu pada tahun 1990-an.



Menurut Perangkaan Pendaftaran Barah Selama 50 Tahun oleh Pejabat Pendaftaran Barah Singapura yang diterbitkan pada 2019, enam wanita disahkan menghidap barah buah dada dan seorang wanita meninggal dunia dek penyakit itu setiap hari.



Seorang daripada 13 wanita di Singapura akan menghidapi barah buah dada sepanjang hayat mereka - jauh lebih tinggi berbanding kadar seorang daripada 45 wanita 50 tahun lalu.



Saksikan gambar-gambar acara dengan lungsuri BH.sg




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >