Subuh
5:39
Syuruk
7:03
Zuhur
1:10
Asar
4:35
Maghrib
7:15
Isyak
8:30

Lebih 200,000 warga emas sudah terima suntikan penggalak

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Lebih 200,000 warga emas sudah terima suntikan penggalak

Oct 25, 2021 | 06:18 PM

LEBIH 200,000 warga emas telah menerima suntikan penggalak Covid-19 mereka, sementara 87 peratus warga emas berusia 70 tahun ke atas sudah lengkap divaksin.

Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli, memberikan butiran terkini mengenai kadar vaksinasi warga emas pada sambutan Hari Jagaan Masyarakat yang diadakan secara maya pada Isnin (25 Oktober).

Dalam ucapannya sewaktu acara itu, beliau berkata 95 peratus pekerja dalam sektor jagaan masyarakat yang terdiri daripada kemudahan jagaan warga emas dan rumah rawatan telah lengkap divaksin.

Berucap dengan kakitangan jagaan masyarakat di acara itu, Encik Masagos berkata: "Beberapa minggu lalu amat mencabar. Dengan tambahan kes masyarakat, ia memberi tekanan besar buat anda dan sektor jagaan kesihatan.

"Namun, kerana kerja keras anda, komitmen dan sokongan, warga emas kita selamat dan dilindungi. Mereka boleh hidup dan meniti usia dengan baik walaupun dalam tempoh mencabar. Daya tahan dan kesungguhan anda penting dalam perlawanan nasional menentang Covid-19."

Dianjurkan Agensi bagi Jagaan Bersepadu (AIC), Hari Jagaan Masyarakat, yang bermula pada 2019, meraikan usaha yang digerakkan sektor ini bagi membolehkan warga Singapura hidup sejahtera, meniti usia dengan baik dan dengan martabat dalam masyarakat.

Dengan tema 'Meraikan Wira Jagaan Masyarakat', Hari Jagaan Masyarakat tahun ini mengiktiraf semangat dan dedikasi tidak mementingkan diri sendiri dalam perihal jagaan bermutu yang dimiliki kakitangan dalam sektor ini sewaktu pandemik.

Sebanyak 13 pertubuhan termasuk Lien Foundation, Tote Board dan Singapore Exchange menerima Anugerah Teman Jagaan Masyarakat sewaktu acara itu.

Dilancarkan tahun lalu, anugerah ini mengiktiraf tugas pertubuhan di luar sektor jagaan masyarakat kerana sokongan dan sumbangan mereka.

Dalam ucapannya, Encik Masagos turut menjelaskan tentang kemajuan pasukan vaksinasi di  rumah yang menyediakan khidmat vaksinasi penduduk dari rumah ke rumah di kawasan kejiranan.

"Selain usaha vaksinasi di pusat jagaan warga emas dan rumah rawatan, kami juga mengerahkan 33 pasukan vaksinasi di rumah dari enam penyedia jagaan masyarakat dan doktor umum," katanya.

 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3