Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 220 klinik, 14 poliklinik kini beri khidmat kesihatan mental dan demensia

Oct 29, 2021 | 05:30 AM



LEBIH 220 klinik dan 14 poliklinik kini memberikan khidmat kesihatan mental dan demensia sebagai sebahagian daripada strategi Singapura untuk meningkatkan keupayaan khidmat kesihatan mental dalam masyarakat di bawah Pelan Induk Kesihatan Mental Masyarakat.



Demikian didedahkan Setiausaha Parlimen (Kesihatan merangkap Perhubungan dan Penerangan) Rahayu Mahzam dalam ucapannya semasa Festival Kesihatan Mental Asia yang diadakan secara virtual semalam.



Tambahnya, kesan pandemik terhadap psikologi dan kehidupan sosial akan terus dirasakan pada tahun-tahun akan datang dan ini akan menjejas kesihatan dan kesejahteraan mental warga. Namun, Singapura bersedia untuk menyahut cabaran tersebut.



Antara langkah yang telah diambil termasuk mempertingkat Pasukan Bertindak Kesihatan Mental Covid-19 untuk menjadi Pasukan Bertindak Kesihatan dan Kesejahteraan Mental Antara Agensi.



"Kita boleh menjangkakan kesan psiko-sosial daripada pandemik ini akan berlanjutan dalam tahun-tahun akan datang dan ini akan menjejas kesihatan dan kesejahteraan mental kita.



"Pasukan bertindak baru ini akan menggabungkan agensi, kementerian dan pihak berkepentingan berbeza yang terlibat dalam penjagaan kesihatan mental.



"Ia bertujuan untuk menyelaraskan dan memastikan khidmat yang lebih baik, sementara memanfaatkan dasar sebaik mungkin, memperuntuk sumber dan membangunkan latihan dan keupayaan," ujarnya.



Cik Rahayu menambah, pasukan bertindak itu diharap dapat mempertingkat usaha menangani isu kesihatan mental untuk jangka panjang.



Pada masa yang sama keupayaan khidmat penjagaan kesihatan mental dalam masyarakat akan terus dipertingkat.



Selain klinik dan poliklinik yang menyediakan khidmat tersebut kini, sebanyak 50 pasukan jangkauan masyarakat juga telah ditubuhkan dengan kerjasama Agensi Khidmat Sosial (SSA) dan Agensi Penjagaan Bersepadu (AIC) untuk mendekati ribuan individu yang mengalami masalah kesihatan mental atau demensia.



Cik Rahayu turut menambah bahawa sebanyak 21 kumpulan intervensi masyarakat yang dipimpin Profesional Kesihatan Bersekutu turut ditubuhkan untuk membantu memberikan kaunseling di rumah kepada individu yang menghadapi masalah kesihatan mental.



"Memandang ke hadapan, kita perlu membangunkan huraian kesihatan mental dan penjagaan kesihatan yang inovatif dan menggunakan kuasa teknologi," kata Cik Rahayu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >