Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 250 acara sambutan Hari Kebangsaan di estet perumahan sempena SG50

Jun 19, 2015 | 02:25 PM



SEMPENA sambutan jubli emas Singapura, lebih 250 perayaan di estet perumahan bertema "Singapore: My Heart, My Home, My Future", telah dirancang sepanjang 7 hingga 9 Ogos ini.


Aktiviti termasuk lipatan kertas origami kren di Jawatankuasa Perundingan Rakyat (CCC) Kreta Ayer-Kim Seng dan pembinaan struktur SG100 LEGO di Pasir Ris-Punggol GRC.


Buat julung-julung kalinya juga, lebih 500,000 warga daripada kesemua kawasan undi akan berkumpul dan bersama-sama menyanyikan Lagu Kebangsaan serta mengambil ikrar sebagai satu bangsa secara serentak.


Diketuai oleh Pertubuhan Akar Umbi (GRO) Persatuan Rakyat (PA), penyelerasan acara pematuhan Hari Kebangsaan akan berlaku pada 9 Ogos pada jam 9 pagi.


Secara tradisinya, acara diadakan pada masa berlainan untuk pelbagai kawasan undi.


Maklumat lanjut mengenai setiap Sambutan Hari Kebangsaan Masyarakat dan acara memperingati Hari Kebangsaan akan diumumkan pada masa akan datang.


Untuk keterangan lanjut, para penduduk boleh mendapatkannya di laman web PA dan papan kenyataan di kawasan kejiranan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >