Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 25,000 jururawat dalam kelompok jagaan kesihatan awam bakal dapat pakej bayaran khas mulai 1 Disember

Jul 31, 2022 | 08:07 PM



LEBIH 25,000 jururawat yang berkhidmat di dalam kelompok jagaan kesihatan awam akan menerima pakej bayaran khas antara 1.7 dengan 2.1 bulan gaji asas mereka, kata Kementerian Kesihatan (MOH) pada Ahad (31 Julai).



Jururawat yang berkhidmat di kelompok jagaan kesihatan awam - National Healthcare Group, National University Health System dan SingHealth - layak bagi pakej sebagai bayaran pengekalan kerja.



Pakej ini akan juga dilanjutkan kepada lagi 2,.600 jururawat yang bertugas di pertubuhan jagaan masyarakat yang dibiaya secara awam.



"Sedang kita meraikan Hari Jururawat pada 1 Ogos, tepat pada masanya untuk menunjukkan penghargaan mendalam kepada jururawat kita yang terus bekerja tanpa penat lelah untuk menyokong seluruh sistem jagaan kesihatan," kata MOH.



Dipanggil pakej Bayaran Khas Jururawat (NSP), ia dikira berdasarkan gaji asas sehingga 1 Disember tahun ini.



Ini meliputi NSP biasa sebanyak 0.5 bulan, yang diberikan pada Disember dan NSP yang dipertingkatkan antara 1.2 hingga 1.6 bulan, yang akan dibahagikan sama rata dalam dua bahagian yang disampaikan pada Mac 2023 dan September 2023, kepada jururawat yang kekal dalam khidmat berterusan dengan pertubuhan yang menggajikan mereka.



MOH, dalam kenyataan pada Ahad, berkata ia komited membangun teras tempatan tenaga kerja jururawat bagi memenuhi keperluan akan datang dengan memperbaiki daya tarikan kerjaya jururawat dan membangun perancangan latihan jururawat setempat bagi kededua lulusan yang baru tamat pengajian atau yang memasuki bidang ini sebagai kerjaya pertengahan usia.



"Bagi memastikan kita dapat menarik dan mengekalkan kakitangan serta mengekalkan daya saing pasaran, gaji asas jururawat dalam sektor jagaan kesihatan awam dipertingkat antara 5 peratus dengan 14 peratus," tambahnya.



Fasa pertama tambahan ini dilaksanakan pada Julai 2021 manakala fasa kedua pula pada Julai 2022.



Kelompok jagaan kesihatan awam akan berkongsi butiran maklumat NSP dengan kakitangan kejururawatan di institusi jagaan kesihatan awam.



Agensi Jagaan Bersepadu akan membuat langkah susulan dengan pertubuhan jagaan masyarakat yang dibiaya awam mengenai butiran pembiayaan bagi sektor mereka.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >