Subuh
5:38
Syuruk
6:54
Zuhur
12:59
Asar
4:00
Maghrib
7:01
Isyak
8:10
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Lebih 2,700 flat HDB baru di kawasan persisiran Punggol Point dilancar September

Sep 01, 2019 | 02:30 PM

DUA projek bina-ikut-tempahan (BTO) di kawasan persisiran Punggol Point akan dilancar bulan ini, masing-masing direka berdasarkan sejarah bandar itu, kata Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB).

Projek pertama, yang bernama Punggol Point Crown, akan dibina dengan menggunakan Taman Haiwan Ponggol sebagai inspirasi. Taman haiwan itu terletak berhampiran Selat Johor antara lewat tahun 1920-an dengan awal tahun 1940-an dan dimiliki oleh mendiang William Lawrence Soma Basapa.

Satu lagi projek adalah pelancaran fasa kedua Punggol Point Cove, yang bakal dibina dengan ciri-ciri bak sebuah kampung nelayan.

HDB bakal melancarkan kededua projek itu, yang merangkumi 2,724 flat, seperti yang dijadualkan pada September ini.

Flat yang ditawarkan terdiri daripada jenis dua bilik flexi hingga lima bilik, dan kededua projek ini dijangka lengkap pada 2024.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3