Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 280,000 surat dihantar ke isi rumah agar tebus baucar pengangkutan awam $30

Jan 04, 2022 | 05:30 AM



LEBIH 280,000 surat telah dihantar kepada isi rumah di Singapura bagi memaklumkan mereka agar menebus baucar pengangkutan awam $30 yang boleh digunakan untuk menokok kad tambang atau membeli pas konsesi bulanan.



Ini kurang separuh dari 600,000 baucar pengangkutan awam yang telah diketepikan untuk membantu penumpang berpendapatan rendah menghadapi kenaikan tambang pengangkutan awam terkini, yang bermula pada 26 Disember lalu.



Dari 10 Januari hingga 31 Oktober, isi rumah dengan pendapatan isi rumah bulanan sebanyak $1,600 atau kurang setiap orang yang tidak menerima baucar itu boleh memohon di laman www.go.gov.sg/ptv.



Mereka yang lebih suka memohonnya secara peribadi atau mereka yang memerlukan bantuan tambahan boleh pergi ke pusat atau kelab masyarakat.



Mereka boleh melakukannya dari 14 Februari hingga 31 Oktober.



Jawatankuasa Perundingan Rakyat (CCC) masing-masing akan menilai permohonan ini dengan sewajarnya, kata Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Persatuan Rakyat (PA), semalam.



Isi rumah yang telah berjaya memohon untuknya akan menerima surat pemberitahuan dalam peti surat. Mereka boleh mengikuti arahan dalam surat itu untuk menebusnya.



Semua baucar mesti ditebus menjelang 31 Mac 2023. Penduduk boleh mendekati pusat atau kelab masyarakat jika mereka mempunyai sebarang pertanyaan.



Ini adalah bilangan baucar pengangkutan awam yang terbesar yang telah diketepikan sejauh ini, dengan liputan isi rumah yang paling luas, kata MOT dan PA.



Pemberian baucar itu dibuat selepas Majlis Pengangkutan Awam memutuskan untuk menaikkan tambang sebanyak 2.2 peratus selepas semakan tambang tahunan tahun lalu, menukil tekanan kos ke atas pengendali pengangkutan awam dan kemerosotan dalam bilangan penumpang ekoran Covid-19.



Ini diterjemahkan menjadi kenaikan tiga hingga empat sen bagi orang dewasa yang membayar tambang bas dan MRT mereka dengan kad, bergantung kepada jarak perjalanan.



Tambang konsesi untuk warga emas, pelajar, orang kurang upaya dan pekerja bergaji rendah naik sebanyak satu sen, sementara harga tambang tunai, tiket perjalanan satu kali, konsesi bulanan dan pas perjalanan tidak berubah.



Kenaikan itu sebahagian besarnya disebabkan peningkatan tambang yang dibawa dari 2020.



Tambang pengangkutan awam dibekukan tahun itu.



Bagi membantu lebih ramai penumpang menghadapi kenaikan tambang terkini, siling pendapatan isi rumah bulanan bagi memenuhi syarat menerima baucar dinaikkan dari $1,200 seorang kepada $1,600 seorang supaya lebih banyak isi rumah akan layak menerima baucar.



Siling pendapatan yang lebih tinggi bermakna sekitar 250,000 lebih banyak isi rumah akan layak untuk baucar kali ini, MOT kata sebelum ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >