Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 300 botol kuih raya dikumpul tiga rakan kurang upaya demi amal

May 12, 2021 | 05:41 PM



BERBEKALKAN niat untuk memberi sedikit keceriaan kepada kanak-kanak di Rumah Kebajikan Muhammadiyah (RKM), tiga sekawan kurang upaya telah mengumpulkan kuih-muih Hari Raya untuk dinikmati para penduduk badan kebajikan tersebut.



Cik Suhana Suhaimi, 43 tahun, Encik Zahid Yassin 38 tahun dan Encik Riz Sunawan, 42 tahun, masing-masing perlu menggunakan alat mobiliti peribadi untuk bergerak.



Namun ia tidak menghambat niat murni mereka untuk menabur jasa dalam bulan suci Ramadan ini demi membahagiakan insan-insan yang lain.



“Sebenarnya idea kuih-muih ni timbul, setelah langkah-langkah sekatan COVID-19 yang diperketat diumumkan.



“Kami fikir pastinya ramai yang sudah tempah ataupun ada bahan-bahan yang berlebihan. Apa kata kita ajak masyarakat sumbang kuih-muih mereka,” kata Encik Zahid Yassin yang menghidap Spina Bifida – sejenis kecacatan sejak lahir disebabkan tulang belakang dan saraf tunjang yang tidak tercantum dengan betul.



Hanya dengan mengumumkan usaha ini yang dinamakan #TheWheelersCharityKuehProject menerusi akaun Instagram masing-masing, mereka bertiga berjaya menambat hati masyarakat yang ingin menyumbang kuih-muih Hari Raya mereka.



Projek ini juga dapat sokongan sebuah firma penghantaran tempatan Heartland Hustlers dan syarikat pembuat kek Hipster Bakes. Bagi setiap botol kuih yang didermakan, Hipsterbakes menokok sebotol lagi tat-tat pelbagai jenis mereka.



Ekoran itu, lebih 300 botol kuih Hari Raya termasuk paket-paket seperti kuih baulu dan muruku didermakan anggota masyarakat.



Kesemua kuih dihantarkan ke kedai Hipsterbakes ataupun diambil oleh para pekerja Heartland Hustlers.



Kuih-muih tersebut telah dikirimkan ke RKM di Bedok North pada 10Mei.



“Sebenarnya kami sasarkan sekitar 200 botol sahaja. Tak sangka sambutan masyarakat begitu baik sehingga pada hari terakhir, masih ramai yang tanya dan ingin menghantar kuih-muih kepada kami, " ujar Riz Sunawan yang disahkan menghidap penyakit ‘Motor Neuron Disease’ (MND), sejenis penyakit yang tiada penawarnya.



Mengalu-alukan sumbangan yang dilakukan tiga sekawan kurang upaya itu, Superintenden RKM, Cik Rahmatunnisa Abdul Majeed berkata pihaknya “amat berbesar hati dan bersyukur dengan usaha murni yang diterajui oleh Zahid, Suhana dan Riz.”



“Insya Allah kuih-muih ini akan dikongsi bersama anak-anak RKM, bekas penghuni RKM yang memerlukan serta kakitangan pertubuhan kami,” kata Cik Rahmatunnisa.



Ditanya tentang usaha amal tersebut, Encik Riz berkata:

“Sebagai anggota masyarakat, kami teruja untuk menyumbang kepada mereka yang kurang bernasib baik. Meskipun pergerakan kami terhad, namun ia sedikit pun tidak menjejas keinginan kami untuk meringankan beban golongan tersebut.



“Melihat mereka gembira dalam suasana menyambut Hari Raya, saya juga turut sama tersenyum,” kata Encik Riz.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >