Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 300 jadi mangsa penipuan pancing data libatkan syarikat penghantaran

Dec 21, 2021 | 05:30 AM



LEBIH 300 individu menjadi mangsa penipuan pancing data yang melibatkan syarikat penghantaran sejak November lalu, kata Pasukan Polis Singapura (SPF) dalam satu kenyatan semalam.



SPF berkata terdapat sekurang-kurangnya 341 mangsa yang kehilangan sekurang-kurangnya $759,000 bulan lalu.



Polis mendedahkan demikian sebagai makluman kepada orang ramai sempena musim beli-belah dalam talian hujung tahun ini.



"Polis mendapati terdapat peningkatan dari segi penipuan pancing data yang melibatkan syarikat penghantaran," kata polis dalam kenyataan itu.



Ia menjelaskan mangsa penipuan tersebut sering menerima kiriman e-mel dan teks oleh penipu yang menyamar sebagai syarikat perkhidmatan penghantaran seperti SingPost.



Dalam perbincangan mereka itu, penipu menuntut bahawa terdapat bayaran yang masih perlu ditanggung oleh mangsa sebelum produk yang dibeli itu boleh dihantar.



Polis menambah, mangsa akan disuruh klik masuk laman URL untuk membuat pembayaran itu dengan mereka kemudian akan diminta memberi butiran kad perbankan dan kata laluan sekali (OTP).



Mangsa hanya perasan mereka ditipu selepas mengenal pasti terdapat beberapa urus niaga yang dilakukan tanpa kelulusan atau pengetahuan mereka dengan menggunakan kad mereka itu.



Polis berkata orang awam harus elak daripada memasuki laman URL yang dimuatkan dalam kiriman teks dan e-mel yang tidak diminta.



Mereka juga boleh memeriksa kesahihan kiriman mesej itu serta maklumat demikian menerusi sumber dan laman sah.



Selain itu, polis menasihati orang ramai agar tidak mendedahkan sebarang butiran peribadi atau maklumat perbankan dan OTP kepada sesiapa dan melaporkan sebarang urus niaga yang tidak diluluskan menerusi kad debit atau kredit serta segera menamatkan kad perbankan itu jika hal sedemikian berlaku.



Mereka yang mempunyai maklumat berkaitan jenayah berkenaan boleh melaporkannya kepada polis menerusi talian 1800-255-0000 atau laman police.gov.sg/iwitness.



Bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan jenayah penipuan, orang awam boleh melayari laman scamalert.sg atau mengubungi talian anti penipuan 1800-722-6688.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >