Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 300 orang disiasat kerana disyaki tipu daya mangsa sebanyak $6 juta

Jun 25, 2022 | 08:12 PM



LEBIH 300 penipu yang disyaki diberkas polis dalam operasi dua minggu awal bulan ini. Mangsa penipuan pula dianggarkan kehilangan hampir $6 juta.



Ini didedahkan polis dalam satu kenyataan pada Sabtu (25 Jun). Menurut polis, sekitar 220 lelaki dan 107 wanita yang berusia antara 15 dengan 78 tahun sedang membantu dalam siasatan.



Mereka sedang disiasat bagi kesalahan menipu, pengubahan wang haram atau menyediakan khidmat bayaran tanpa lesen.



Polis berkata: "Mereka yang disyaki dipercayai terlibat dalam lebih 1,138 kes penipuan yang kebanyakannya terdiri daripada penipuan memancing data berkaitan bank, penipuan cinta Internet, penipuan e-dagang, penipuan pelaburan, penipuan kerja dan penipuan pinjaman wang."



Operasi antara 10 Jun dengan 23 Jun dikendalikan oleh pegawai daripada Jabatan Ehwal Komersial  dan tujuh divisyen polis darat.



Bagi setiap kesalahan menipu, seorang individu boleh dipenjara hingga 10 tahun dan didenda.



Sesiapa yang didapati bersalah kerana pengubahan wang haram boleh dipenjara hingga 10 tahun, didenda hingga $500,000 atau kededuanya sekali, bagi setiap tuduhan.



Bagi setiap kesalahan menyediakan khidmat bayaran tanpa lesen, seorang pesalah boleh didenda hingga $125,000, dipenjara hingga tiga tahun atau kededuanya sekali.



Polis menggesa orang ramai agar menolak permintaan oleh pihak lain bagi menggunakan akaun bank atau talian telefon bagi mengelakkan daripada bersubahat dalam sesuatu kes jenayah.



Polis menambah bahawa mereka akan mengambil pendirian serius terhadap sesiapa yang mungkin terlibat dalam penipuan dengan si pesalah akan ditangani sejajar dengan undang-undang.



Bulan lalu, polis berkata sejak permulaan tahun ini, lebih $2.7 juta telah hangus, diperolehi daripada sekurang-kurangnya 587 individu dalam penipuan pancingan data, dengan si pesalah olok-olok menjadi kawan.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >