Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 3,000 akan diuji bagi Covid-19 di tempat perlindungan, rumah kanak-kanak dan pusat keperluan khas

Jun 29, 2020 | 06:23 PM



SEKITAR 3,300 kakitangan, penduduk dan klien dari pelbagai rumah, tempat perlindungan dan pusat akan diuji bagi Covid-19 menjelang 1 Julai, umum Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Desmond Lee, pada Isnin (29 Jun).


Ini termasuk mereka dari rumah kanak-kanak sukarela, tempat perlindungan krisis dan rumah kanak-kanak kurang upaya.


Kakitangan yang terlibat dalam perkhidmatan masyarakat untuk orang kurang upaya, seperti pusat kegiatan siang hari dan pusat jagaan pelajar khas, juga sedang diuji.


Encik Lee dalam satu catatan Facebook berkata ujian itu dilakukan sebagai sebahagian daripada usaha pengujian masyarakat yang diperluas semasa fasa kedua pembukaan semula Singapura setelah pemutus rantaian jangkitan.


Kementerian Kesihatan (MOH) telah mengumumkan pada 25 Jun bahawa kemampuan pengujian Singapura akan dipertingkat sedang ekonomi dibuka semula dan lebih ramai orang berada di luar rumah.


Sebagai sebahagian daripada ujian yang diperluas, lebih ramai orang akan diuji bagi jangkitan Covid-19, termasuk mereka yang berumur 13 tahun ke atas yang disahkan menghidap jangkitan pernafasan akut dan kakitangan barisan hadapan yang berinteraksi dengan pengunjung dari luar negara.


Lebih banyak pusat pemeriksaan daerah sedang disediakan untuk memenuhi peningkatan dalam bilangan orang yang diuji.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >