Lebih 3,000 flat BTO dilancar di Toa Payoh, Sembawang
Feb 12, 2020 | 05:30 AM
LEMBAGA Perumahan dan Pembangunan (HDB) telah melancarkan 3,095 unit flat Bina Ikut Tempahan (BTO) semalam, tawaran flat yang pertama tahun ini.
Flat-flat itu merangkumi dua projek perumahan di estet matang Toa Payoh - di Kim Keat dan berhampiran Caldecott - serta satu lagi projek di Sembawang.