Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 30,000 individu dengan sejarah alahan teruk berpeluang jalani vaksinasi: Ye Kung

Jun 08, 2021 | 09:37 PM



LEBIH 30,000 individu tidak lama lagi akan berpeluang mendaftarkan nama mereka untuk vaksinasi Covid-19 selepas tiada lagi sekatan yang menghalang mereka dengan sejarah reaksi alahan teruk daripada mendapatkan suntikan vaksin, kata Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, pada Selasa (8 Jun). 



Sejauh ini, lebih 75 peratus warga emas dan orang dewasa yang layak menjalani vaksinasi serta 90 peratus pelajar dalam kohort yang bakat tamat pengajian di pelbagai peringkat, sudah mendaftarkan nama mereka atau menerima suntikan vaksin, tambah Encik Ong lagi dalam satu lampiran pos di Facebook.



Encik Ong turut mengucapkan terima kasih kepada orang awam kerana usaha bersama dalam mengekang gelombang jangkitan terkini daripada merebak di Singapura.



Katanya lagi, dalam melawan virus yang tidak begitu dikenali dan mampu mutasi, warga Singapura harus mengemudi kehidupan mereka secara peka, mempelajari cara mengemudinya dengan lebih baik dan memperbaiki pendekatan dan prosesnya.



Beliau menambah pasukan bertindak berbilang kementerian yang menangani virus ini komited sepenuhnya dalam melakukan usaha pengemudian ini.



Encik Ong menambah kesan daripada virus itu juga telah membawa ke hadapan isu media sosial seperti pandangan berbeza tentang keberkesanan vaksin itu dan kejadian tidak diingini seperti diskriminasi kaum dan xenofobia atau rasa tidak suka kepada penduduk daripada negara lain.



"Saya kagum dengan keberanian mereka yang tampil bersuara bagi pemahaman lebih lagi, kesepaduan, budi baik sewaktu tempoh sebegini dan mempertahankan sains berpangkalan daripada bukti," katanya.



Pada Sabtu (5 Jun), Kementerian Kesihatan (MOH) tidak lagi mengenakan sekatan vaksinasi menggunakan teknologi mRNA bagi mereka dengan sejarah reaksi alahan pada ubatan, makanan, sengatan serangga dan faktor lain.  



Sebilangan besar daripada 32,000 individu di sini yang belum dapat mengambil vaksin mRNA, Pfizer-BioNTech dan Moderna kerana sebab perubatan kini boleh berbuat demikian di bawah program nasional ini, kata MOH.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >