Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih $32,700 terkumpul untuk bawa pulang mayat lelaki tertembak di Amerika

Jan 18, 2017 | 08:34 AM



LEBIH AS$23,000 ($32,700) telah dikumpul bagi membawa pulang mayat seorang lelaki Singapura yang meninggal dunia di Amerika Syarikat.



Jumlah itu melebihi sasaran AS$10,000 yang diharap terkumpl menerusi laman gofundme yang ditubuhkan untuk tujuan itu.



Encik Lionel Tan dipercayai meninggal dalam satu kemalangan di tempat latihan menembak pelbagai senjata di Norco, California, pada Sabtu (14 Jan).



Menurut laman gofundme, Encik Tan berpindah ke Amerika Syarikat dari Singapura beberapa tahun lalu dan menuntut Universiti Purdue dalam jurusan kejuruteraan aeroangkasa.



Beliau menamatkan pengajian pada 2006, menurut laman Facebooknya, dan dilaporkan bekerja sebagai seorang jurutera projek Los Angeles.



Menurut kawannya, Encik Mr CK Hwang, Encik Tan dipercayai terkena peluru dalam satu pertandingan menembak.



Keluarga Encik Tan dikatakan akan ke Amerika Syarikat membawa pulang mayatnya. - The Straits Times.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >