Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SEMANGAT WATAN

Lebih 340 siswazah terima sijil tamat pengajian

Majlis konvokesyen bagi lulusan Al-Zuhri, Andalus dan Cordova adalah antara acara fizikal terbesar yang dianjurkan institut Islam sejak langkah Covid-19 dilonggar
Mar 29, 2022 | 05:30 AM



LEBIH 340 siswazah daripada Institut Pengajian Tinggi Al-Zuhri, Andalus dan Cordova telah menerima sijil tamat pengajian dalam satu majlis konvokesyen pada Sabtu lalu, menjadikannya antara acara fizikal terbesar yang dianjurkan institut Islam sejak langkah Covid-19 dilonggarkan.



Ia juga merupakan kali pertama institusi itu dapat menjalankan majlis konvokesyen sejak tercetusnya pandemik Covid-19 dua tahun lalu. Tiada acara dalam talian dijalankan semasa tempoh demikian.



Dalam pada itu, selain siswazah, lebih 650 anggota keluarga siswazah turut dibenarkan hadir dalam acara yang diadakan di Max Atria, Singapore Expo, itu.



Menerangkan tentang cabaran menjalankan acara fizikal, Pengarah Eksekutif, Institut Pengajian Tinggi Al-Zuhri, yang juga anggota jawatankuasa penganjur majlis, Ustaz Mas'udin Syarifuddin, berkata pelbagai garis panduan perlu dipatuhi untuk merealisasikan acara tersebut.



"Pada awalnya, kita mahu adakah secara hibrid tetapi memandangkan garis panduan telah dilonggarkan, kami ambil keputusan untuk melangsungkannya secara fizikal," katanya.



Beliau turut menerangkan pihaknya telah cuba mendapatkan kelulusan daripada beberapa agensi sebelum akhirnya Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) meluluskan untuk membenarkan acara dijalankan secara fizikal.



Awalnya, hanya para siswazah sahaja yang dibenarkan tetapi selepas kelonggaran yang diumumkan baru-baru ini, jawatankuasa penganjur mula menawarkan tempat dengan membolehkan setiap siswazah membawa bersama mereka dua anggota keluarga untuk menghadiri majlis tersebut.



Bagi memastikan, langkah pengurusan selamat masih tetap dipatuhi, konvokesyen itu dibahagikan kepada dua sesi - satu pagi dan satu lagi pada sebelah petang.



Para hadirin juga seperti biasa perlu mengimbas kod QR sebelum memasuki dewan dan mengenakan pelitup pada setiap masa.



"Kami juga memberitahu siswazah tiada tempat solat disediakan, dan memesan agar mereka melakukan solat di rumah sendiri, memandangkan sesi kedua bermula sekitar tiga petang.



"Dalam kalangan kakitangan kami pula, kami memberitahu mereka agar membawa sejadah mereka sendiri untuk solat," tambah Ustaz Mas'udin.



Selain itu, siswazah dan anggota keluarga yang hadir juga diingatkan untuk mengurangkan interaksi antara satu sama lain dan menggunakan pintu masuk dan keluar yang betul.



Daripada segi pemakaian gaun konvokesyen yang selalunya dikenakan siswazah dan dipinjam daripada pihaknya, beliau berkata siswazah diberi masa selama dua minggu untuk mengambilnya dan masa pengambilan juga telah dilanjutkan agar tidak semua datang serentak untuk mengambilnya.



Mengulas tentang acara itu secara keseluruhannya, Ustaz Mas'udin berkata daripada maklum balas yang diterima, kebanyakan siswazah berasa ghairah kerana dapat menerima sijil mereka secara fizikal selain menghadiri acara konvokesyen ini.



"Alhamdulillah kami juga tidak menyangka sekitar 80 peratus pelajar menyuarakan keinginan mereka untuk hadir majlis konvokesyen ini apabila kami mengeluarkan undangannya.



"Para keluarga juga gembira dapat sama-sama meraikan kejayaan mereka, dengan memperuntuk masa menghadiri majlis tersebut.



"Meski terdapat cabaran daripada segi penganjuran kerana banyak protokol yang perlu dipatuhi, kami rasa berpuas hati, acara fizikal dapat dijalankan semula dan pastinya, dilaksanakan dalam keadaan selamat demi kesejahteraan semua," katanya lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >