Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih $3,500 baucar makan di 'Encik Tan' kepada penerima MKAC

May 08, 2021 | 05:30 AM



SEMPENA Ramadan ini, syarikat Fei Siong Group telah mendermakan baucar bernilai lebih $3,500 kepada Persatuan Bertindak Ginjal Bagi Masyarakat Islam (MKAC).



Upacara kecil diadakan kelmarin dengan presiden MKAC Encik Ameerali Abdeali, bersama naib presiden pembangunan korporat Fei Siong Group Encik Mervin Lee, pengurus jaminan halal Fei Siong Group Encik Farid Hamzah, serta empat penerima yang telah hadir ke MKAC di 122 Telok Kurau Road.



Baucar Fei Siong Group yang merangkumi baucar makanan tempat makan 'Encik Tan' diserahkan secara peribadi ke Encik Ameerali untuk diagihkan kepada penerima.



Seramai 90 penerima secara keseluruhan akan menerima baucar bernilai lebih $30 untuk keluarga mereka.



"Kami bersyukur terhadap bantuan yang diberikan oleh Fei Siong Group. Bantuan ini juga dapat membantu misi kami iaitu untuk menolong sesiapa sahaja yang datang untuk mendapatkan bantuan.



"Kami juga sangat berterima kasih kerana lebih syarikat bukan Islam tampil untuk bantu Persatuan kami," ujar Encik Ameerali.



Menurut Encik Lee, ini adalah kali pertama Fei Siong Group bekerjasama dengan MKAC dan sudah tentu bukan kali terakhir. Ini merupakan langkah awal dari Fei Siong Group untuk memberi semula kepada masyarakat Islam pada Ramadan ini dan beliau juga harap dengan bantuan kecil ini, mereka dapat saling menyokong dan membantu antara satu sama lain.



Antara penerima ialah Cik Mihrul Nisa Pakeer Malimar, 70 tahun, yang telah menerima bantuan daripada MKAC sekitar 15 tahun sejak didiagnos penyakit ginjal.



"Saya sangat gembira dan bersyukur atas baucar makanan Encik Tan yang kami dapat. Apa bantuan yang kami dapat dari MKAC, saya sangat berterima kasih," ujar ibu anak satu itu.



Encik Farid pula berkata: "Saya harap dengan baucar yang diberikan, ia dapat meringankan beban perbelanjaan para penerima terutama mereka yang terjejas dalam wabak Covid-19 ini."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >