Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 35,000 perjalanan melalui VTL darat dengan M'sia; ICA akan tingkat proses di Pusat Pemeriksaan Woodlands mulai Jan

Dec 21, 2021 | 06:30 PM



 



LEBIH 35,000 perjalanan telah dibuat ke dan dari Singapura dan Malaysia melalui Pusat Pemeriksaan Woodlands sejak langkah sempadan dilonggarkan, dengan rancangan untuk meningkatkan proses bagi menjadikan perjalanan lebih selamat.


Mulai bulan depan, kaunter imigresen manual di Pusat Pemeriksaan Woodlands akan direka semula bagi membolehkan pengunjung mengimbas sendiri pasport mereka, mengurangkan kontak fizikal bagi mereka yang memasuki negara ini melalui skim Skim Laluan Perjalanan Bagi Orang Sudah Divaksinasi (VTL).


Buat masa ini, pengunjung yang menggunakan kaunter tersebut menyerahkan pasport mereka kepada pegawai Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) untuk diluluskan, kata agensi kawalan sempadan itu kepada The Straits Times.


Inisiatif ini adalah sebahagian daripada beberapa usaha yang dilancarkan secara berperingkat di Pusat Pemeriksaan Woodlands, dengan tujuan menyediakan proses imigresen yang lebih selamat dan lancar untuk pengunjung, tambahnya.


Di kaunter, perisai kaca juga akan dipasang sebagai lapisan perlindungan tambahan antara pegawai ICA dengan pengunjung. Pegawai masih akan mengendalikan kaunter dan akan memeriksa dokumen seperti sijil vaksin pengunjung dan ujian prakeberangkatan.


Mulai bulan depan, ICA juga akan mengeluarkan Pas Lawatan elektronik kepada mereka yang memasuki Singapura melalui sempadan darat.


Pas itu mengandungi butiran bilangan  hari penginapan maksimum dan hari terakhir penginapan yang dibenarkan di Singapura.


Langkah ini telah pun dilaksanakan di Lapangan Terbang Changi dan akan menggantikan setem pengesahan berdakwat dalam pasport.


Pas Lawatan elektronik itu akan dikeluarkan melalui e-mel dan dihantar ke alamat yang diisytiharkan oleh pengunjung apabila mereka menyerahkan Kad Ketibaan SG dalam talian.


Kad Ketibaan SG, yang mengandungi maklumat pengisytiharan kesihatan, mesti diserahkan dalam masa tiga hari sebelum ketibaan. Ia menggantikan ‘kad putih’ yang tidak lagi diterima di pusat pemeriksaan.


Inisiatif baru ICA itu dibuat selepas VTL darat diperluaskan mulai Isnin (20 Dis) bagi membolehkan warga Singapura yang telah divaksin memasuki Malaysia melalui Koswe tanpa kuarantin.


Aturan sama dikenakan untuk rakyat Malaysia yang telah divaksin yang memasuki Singapura melalui Koswe.


Sebelum ini, hanya warga, penduduk tetap dan pemegang pas jangka panjang dari negara yang hendak mereka kunjungi dibenarkan melakukan perjalanan melalui VTL darat.


Dianggarkan 4,320 orang boleh melakukan perjalanan antara Malaysia dengan Singapura setiap hari selepas pengendali bas Transtar dan Causeway Link mengumumkan awal bulan ini bahawa mereka boleh meningkatkan bilangan tiket bas yang mereka jual sebanyak 50 peratus.


Sejak VTL darat bermula pada 29 November lalu, lebih 24,540 pengunjung telah memasuki Malaysia dari Singapura hingga 3 petang Isnin (20 Dis).


Lagi 12,455 diluluskan untuk memasuki Singapura bagi VTL darat dalam tempoh yang sama, kata ICA.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >