Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih $360,000 dikumpul bagi mangsa nahas Lucky Plaza

Jan 06, 2020 | 06:09 PM



LEBIH $360,000 telah dikumpul bagi mangsa warga Filipina yang terlibat dalam nahas Lucky Plaza pada 29 Disember setelah usaha mengumpul dana dalam talian tutup pada 12 tengah hari, Isnin (6 Jan). 



Menurut laman Giving.sg, Pusat bagi Pekerja Domestik (CDE) dan Dana Kebajikan Pekerja Domestik telah berjaya mendapatkan sebanyak $362,521 daripada 2,888 penderma seminggu setelah pungutan dana itu dimulakan.



Jumlah tersebut melebihi dua kali ganda sasaran kutipan dana oleh CDE.



Kesemua dana yang dikumpul melalui usaha itu yang bermula sejak 7.45 malam Isnin (30 Dec) akan diderma kepada empat pekerja domestik yang tercedera serta keluarga dua pembantu domestik yang terkorban setelah kemalangan tersebut.



Mereka yang masih ingin menderma boleh berbuat demikian hingga 18 Januari dengan menderma wang tunai secara peribadi, atau menghantar cek, ke pejabat CDE yang terletak di Lucky Plaza. Maklumat lanjut boleh didapatkan di laman CDE.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >