Lebih 360,000 warga layak nikmati subsidi jagaan kesihatan lebih tinggi mulai Oktober
Jul 28, 2019 | 05:30 AM
SEKURANG-KURANGNYA 365,000 penduduk Singapura akan layak mendapatkan subsidi penjagaan kesihatan lebih tinggi mulai Oktober ini.
Kementerian Kesihatan akan meningkatkan had pendapatan per kapita keluarga bagi subsidi yang boleh digunakan bagi pelbagai khidmat jagaan kesihatan termasuk dialisis, premium MediShield Hayat serta geran untuk menggajikan pembantu rumah asing.