Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 365,000 orang akan raih manfaat subsidi jagaan kesihatan yang disemak mulai Okt

Jul 27, 2019 | 02:45 PM



SEKURANG-KURANGNYA 365,000 penduduk Singapura akan layak mendapatkan subsidi penjagaan kesihatan lebih tinggi mulai Oktober.



Ini menyusuli langkah pemerintah meningkatkan had pendapatan per kapita bulanan keluarga bagi subsidi yang boleh digunakan bagi pelbagai khidmat jagaan kesihatan termasuk dialisis, premium MediShield Hayat serta geran untuk mengambil khidmat pembantu rumah asing.



Namun, perubahan ini tidak akan menjejas mereka yang tiada pendapatan, dengan kelayakan subsidi mereka terus bergantung pada nilai tahunan rumah mereka.



Menteri Kesihatan Gan Kim Yong berkata hari ini (27 Julai) bahawa usaha meningkatkan had pendapatan per kapita bulanan keluarga bagi subsidi ini menyusuli semakan terkini terhadap kelayakan pelbagai skim untuk memastikan warga Singapura dapat terus mampu mendapatkan penjagaan.



Sebagai contoh, apabila had pendapatan per kapita bulanan keluarga bagi Dana Mobiliti dan Pemerkasaan Warga Emas dinaikkan daripada $1,800 kepada $2,000, lebih ramai warga emas yang berusia 60 tahun ke atas akan menikmati subsidi sebanyak 90 peratus bagi pelbagai alat bantuan termasuk kerusi roda, tilam yang boleh mengurangkan tekanan, alat bantuan pendengaran dan cermin mata.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >