Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 3,700 diuji swab di Hougang Ave 8, sah negatif Covid-19

Jun 08, 2021 | 05:30 AM



LEBIH 3,700 orang yang tinggal atau bekerja di blok kediaman berdekatan Hougang Avenue 8, atau mereka yang mengunjungi penduduk di sana, telah diuji negatif bagi Covid-19.



Memberi maklumat terkini malam kelmarin, Kementerian Kesihatan (MOH) berkata keputusan ujian bagi 1,396 penduduk di Blok 506, Hougang Avenue 8 dan kakitangan yang bertugas di kedai-kedai blok berhampiran telah didapati negatif bagi virus.



Blok berhampiran yang terjejas ialah Blok 511, Hougang Avenue 10; Blok 681, 683 dan 684 Hougang Avenue 8; Blok 682 Hougang Avenue 4, dan Blok 685 dan 698 Hougang Street 61.



Ujian swab wajib bagi kumpulan itu bermula Jumaat lalu setelah MOH menghubungkan 13 kes kepada satu kelompok baru di Blok 506.



Penduduk blok itu menjalani ujian bulan lalu selepas 10 kes yang dikenal pasti adalah penduduk di situ.



Daripada jumlah itu, tiga berkait dengan kelompok Terminal 3 Lapangan Terbang Changi.



Baki tujuh kes kini berkait dengan kelompok baru di Blok 506.



Kes paling awal dalam kelompok itu ialah seorang warga Malaysia, 57 tahun, yang diuji positif pada 15 Mei.



Operasi ujian wajib selama dua hari itu dilanjutkan kepada sehari lagi sehingga Ahad.



Sehingga 5 petang kelmarin, keputusan bagi 17 ujian daripada kumpulan wajib itu masih belum selesai.



Secara keseluruhan, 1,413 orang dalam kumpulan ini telah menjalani ujian swab.



Dalam pada itu, 2,330 pengunjung Blok 506 serta penduduk dan pengunjung tujuh blok berhampiran telah diuji negatif bagi virus manakala lagi keputusan bagi 882 ujian belum selesai.



Ujian secara sukarela yang percuma telah ditawarkan kepada mereka selama dua minggu sejak Jumaat lalu.



Pengunjung yang berada di Blok 506 antara 23 Mei dengan 29 Mei digalak oleh MOH untuk menjalani ujian.



Penduduk di blok berhampiran dan mereka yang berada di kawasan itu antara 19 Mei dengan 3 Jun juga digalak supaya menjalani ujian swab.



Ujian secara sukarelawa akan dikendalikan dengan janji temu sahaja di pavilion berkhemah di Blok 685A, Hougang Street 62, mulai 4 hingga 10 Jun, antara 9 pagi dengan 4 petang, dan di lokasi ujian alternatif mulai 4 hingga 17 Jun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >