LEMBAGA Tabung Simpanan Pekerja (CPF) telah mendapatkan semula tunggakan sekitar $387.2 juta daripada kes-kes majikan gagal membayar CPF tahun lalu, sekaligus memanfaatkan lebih 288,000 pekerja.
Sekitar 14 juta daripada tunggakan itu disebabkan kes-kes bayaran CPF yang kurang atau pembayaran yang tidak dilunaskan oleh 1,995 majikan.
Baki $364.2 juta pula disebabkan oleh majikan lewat membuat sumbangan CPF bulanan.
Secara purata, seramai 4,300 majikan lewat dalam pembayaran mereka.
Hukuman bagi mereka yang tidak mematuhi akta CPF telah ditingkatkan tahun lalu.
Pesalah kali pertama boleh didenda sehingga $ 5,000 dan/atau dipenjara sehingga enam bulan.
Pesalah berikutnya mungkin menghadapi denda sehingga $10,000 dan/atau dipenjara sehingga 12 bulan.