Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 3,900 hidapi selesema dari 12-15 Feb

Mar 03, 2018 | 05:30 AM



RAMAI orang mengalami selesema pada Tahun Baru Cina lalu.



Poliklinik di sini menyaksikan lebih 3,900 pesakit dari 12 Februari hingga 15 Februari - bilangan yang sangat tinggi berbanding dengan kurang daripada 3,350 yang biasanya mereka lihat selama lima hari.



Jumlah pesakit yang mengalami jangkitan saluran pernafasan akut (ARI) adalah luar biasa dalam dua bulan pertama tahun ini, dengan bilangan mingguan mencatatkan 4,234 pesakit yang datang ke poliklinik pada pertengahan Januari kepada 3,513 kes pada minggu lalu.



Doktor di poliklinik menemui 25,000 pesakit dengan selesema pada dua bulan pertama tahun lalu, berbanding lebih 30,000 pesakit tahun ini, lapor akhbar The Straits Times.



Jumlah pesakit poliklinik digunakan Kementerian Kesihatan (MOH) sebagai kayu ukur negara untuk mendapatkan jumlah penyakit biasa seperti ARI dan cirit-birit.



Poliklinik bertemu satu hingga lima pesakit, dengan doktor umum mengendalikan pesakit yang memerlukan rawatan asas utama.



Bagi majoriti, ia hanyalah selesema biasa, bukan influenza yang lebih serius, radang paru-paru atau bronkitis akut. Serangan sinus juga diklasifikasikan sebagai ARI.



Dr Hilda Hee, seorang doktor keluarga di Poliklinik Outram, menasihati orang ramai agar berada di dalam rumah jika mereka tidak sihat demi mencegah daripada menjangkiti orang lain.



Jangkitan virus sedemikian biasanya tersebar melalui udara seperti ketika seseorang bersin atau batuk.



Jurucakap MOH berkata walaupun bilangan orang yang mengalami ARI adalah tinggi, tiada tekanan yang tidak normal dalam edaran atau penyakit yang lebih teruk daripada biasa.



Beliau menasihati orang ramai agar menjaga kebersihan diri untuk mencegah penyebaran jangkitan virus seperti menutup mulut dan hidung dengan tisu apabila batuk atau bersin, dan membuang tisu ke dalam bekas dengan serta-merta.



Anda juga harus mencuci tangan sebelum makan atau selepas pergi ke tandas.



Beliau menambah: "Mereka yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak kecil di bawah usia lima tahun, wanita hamil, orang tua dan orang yang lemah sistem imun atau mengalami penyakit kronik perlu mendapatkan vaksin setiap tahun untuk menentang selesema."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >