Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 3,950 flat BTO dilancar di 6 estet baru, matang

Bekalan BTO akan dipertingkat demi penuhi keperluan perumahan warga SG: Desmond
Feb 18, 2022 | 05:30 AM



LEMBAGA Pembangunan dan Perumahan (HDB) melancarkan sebanyak 3,953 flat Bina Ikut Tempahan (BTO) untuk Februari 2022 dalam enam projek sekitar estet baru dan matang seperti Geylang, Kallang Whampoa dan Yishun.



Ia menawarkan pilihan jenis flat yang luas dari unit Fleksi dua bilik hingga lima bilik yang disediakan bagi "memenuhi keperluan perumahan yang pelbagai bagi mereka yang pertama kali membeli rumah, keluarga yang membuat pembelian kedua, warga emas dan juga mereka yang belum berkahwin," menurut kenyataan HDB semalam.



Pelancaran kali ini turut merangkumi dua projek di Yishun dengan masa menunggu yang lebih singkat.



Sementara itu, sebanyak 398 unit dilancarkan di bawah model Perumahan Awam Lokasi Utama (PLH) di Kallang/Whampoa, yang juga merupakan projek kedua di bawah model tersebut di mana pemilik perlu mengembalikan subsidi 6 peratus kepada HDB jika flat tersebut dijual semula.



Syarat pembelian dan penjualan ketat telah ditetapkan terhadap projek di bawah model PHL di King George's Heights itu.



Ia merangkumi unit tiga dan empat bilik yang terletak dalam satu blok dengan dua cabang - masing-masing setinggi 33 dan 47 tingkat.



Ia dikelilingi King George's Avenue, Syed Alwi Road dan Rochor Canal. Tapak itu juga terletak pada jarak enam minit berjalan kaki dari projek PLH pertama di Rochor yang dilancarkan November tahun lalu.



Harga flat tiga bilik di kawasan itu adalah antara $353,000 hingga $462,000 tidak termasuk geran, manakala flat empat bilik berharga antara $488,000 hingga $675,000, lebih rendah berbanding unit flat di projek BTO Rochor.



Keluasan lantai unit Kallang/Whampoa juga lebih kecil berbanding projek BTO lain dalam pelancaran ini, dengan unit tiga bilik berkeluasan 66 meter persegi dan unit empat bilik berkeluasan 89 meter persegi.



Pembeli perlu menunggu sekitar 59 bulan - sekitar lima tahun - untuk mendapatkan flat ini kerana projek tersebut dianggar siap pada suku ketiga 2027.



Pemilik unit-unit flat tersebut perlu membayar 6 peratus harga jualan semula flat tersebut atau penilaian, bergantung kepada harga mana yang lebih tinggi, kepada HDB apabila mereka menjual flat tersebut di pasaran buat pertama kali.



Langkah menarik semula subsidi itu hanya dikenakan terhadap transaksi jualan semula pertama dan tidak dikenakan terhadap jualan berikutnya.



Ini juga bermakna pemilik yang memilih untuk tidak menjual flat mereka tidak perlu mengembalikan subsidi yang diterima.



Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee, berkata demi memenuhi keperluan perumahan warga Singapura, bekalan BTO akan dipertingkat.



"Untuk memenuhi keperluan meningkat terhadap perumahan awam, kami akan menambah bekalan BTO dan akan melancarkan sekitar 23,000 flat setiap tahun pada tahun ini dan 2023.



"Selain pelancaran BTO, jumlah keseluruhan flat yang ditawarkan juga akan ditambah di bawah Penjualan Flat Baki (SBF).



"Kami harap bekalan flat yang ditambah ini boleh memberikan warga Singapura lebih banyak pilihan untuk memenuhi keperluan perumahan dan aspirasi mereka," katanya dalam kiriman di Facebook semalam.



LAPORAN SELANJUTNYA: 2 projek BTO di Yishun tawar masa tunggu lebih singkat




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >