Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 40% warga Singapura tidak cukup tidur pada hari biasa: Kajian

Jan 10, 2017 | 02:48 PM



LEBIH 40 peratus rakyat Singapura tidak mendapat tidur mencukupi pada hari bekerja, menurut dapatan satu kajian oleh SingHealth Polyclinics yang dikeluarkan pada Selasa (10 Jan).



Enam dalam 10 peserta Cina kajian itu mendapat tidur yang mencukupi. Sebagai perbandingan, kira-kira 40 peratus orang Melayu dan India mendapat rehat yang mencukupi.



Pasukan pengkaji itu meninjau 350 orang dewasa di dua poliklinik di Sengkang dan Bukit Merah dari Februari hingga Jun 2015.



Tempoh tidur kurang dari tujuh jam dianggap tidak mencukupi, yang pada jangka masa panjang boleh memberi kesan ke atas sistem imun tubuh, ingatan, tumpuan dan fungsi harian.



Faktor mempengaruhi tidur juga dikaji. Responden yang menggunakan komputer atau komputer riba untuk melayari web atau bermain permainan dalam bilik tidur lebih cenderung kurang tidur pada hari biasa.



Bagaimanapun, lebih ramai orang yang menggunakan peranti mudah alih di tempat tidur dapat cukup tidur pada hujung minggu, berbanding mereka yang tidak.



Dr Tan Ngiap Chuan, salah seorang penulis kajian itu, berkata mereka berharap dapat mengenal pasti "faktor-faktor boleh diubah suai" yang boleh digunakan doktor untuk menasihat pesakit mereka apabila berhadapan dengan masalah kesihatan berkaitan kurang tidur.



Aspek lain yang ditimbangkan termasuk tabiat penggunaan, pekerjaan, persekitaran rumah dan kekerapan corak tidur.



Dapatan kajian ini akan disebar kepada doktor penjagaan asas untuk meningkatkan kecekapan dalam mengenal pasti masalah dan menawarkan nasihat sesuai.



Pasukan itu juga akan terus menganalisis data untuk meneroka hubungan antara kurang tidur dan faktor lain, seperti berdengkur.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >