KEMENTERIAN Tenaga Manusia (MOM) telah mempertingkat usaha penguatkuasaan di tapak binaan pada bulan lalu dan menemui lebih 400 kejadian pelanggaran keselamatan, kata Menteri Negara (Tenaga Manusia), Encik Sam Tan, semalam.
Beliau memberi maklumat terkini itu menyusuli kejadian runtuhan struktur di tapak binaan Ekspreswe Rentas Pulau (PIE) di Upper Changi Road East baru-baru ini yang meragut nyawa seorang pekerja.