Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SKIM BANTUAN PEKERJAAN (JSS)

Lebih $400j bakal diterima majikan bagi skim JSS mulai 31 Dis

Pembayaran dianggar sokong gaji lebih 380,000 pekerja
Dec 22, 2021 | 05:30 AM



SEKITAR 24,400 majikan dalam sektor yang menghadapi sekatan langkah pengurusan selamat yang ketara akan menerima pembayaran berjumlah lebih $400 juta mulai 31 Disember 2021 di bawah Skim Bantuan Pekerjaan (JSS).



Ini menjadikan jumlah keseluruhan bantuan JSS kepada lebih $28 bilion sejak skim itu diperkenalkan pada Februari 2020, umum Kementerian Kewangan (MOF) dan Penguasa Hasil Mahsul Singapura (Iras) dalam satu kenyataan bersama semalam.



Pembayaran bulan Disember dianggar dapat menyokong gaji lebih 380,000 pekerja tempatan.



Ia termasuk pembayaran JSS yang dipertingkatkan bagi tempoh Fasa Dua (Kewaspadaan Dipertingkatkan) dan Fasa Penstabilan.



Sektor yang akan menerima sokongan JSS yang dipertingkatkan termasuk sektor makanan dan minuman (F&B), kedai runcit; panggung wayang; muzium; galeri seni; tapak bersejarah; tempat hiburan keluarga; sektor pelancongan; gimnasium dan studio kecergasan; sektor seni dan pendidikan seni yang terjejas dengan ketara semasa tempoh sekatan Covid-19 yang diperketatkan.



Majikan yang telah membuat sumbangan Tabung Simpanan Pekerja (CPF) mandatori bagi pekerja tempatan mereka untuk bulan Ogos hingga Oktober 2021 sebelum tarikh akhir yang ditetapkan akan layak terima pembayaran Disember.



Majikan yang layak akan dimaklumkan tentang jumlah pembayaran mereka lewat bulan ini, dan juga boleh log masuk ke lelaman myTax Portal untuk melihat salinan elektronik surat mereka.



Mereka yang telah mendaftar untuk PayNow Corporate pada 24 September 2021 atau mempunyai pengaturan Giro dengan Iras boleh menjangkakan untuk menerima pembayaran JSS mulai 31 Disember 2021.



Mereka yang tidak mempunyai pengaturan sedemikian akan menerima cek mereka mulai 14 Januari 2022.



Bayaran untuk gaji yang dibayar mulai 1 November 2021 akan dikeluarkan pada Mac 2022.



Sekitar $12 juta pembayaran untuk bulan Disember ditahan daripada 443 majikan, sementara menunggu semakan dan penyerahan dokumen sokongan untuk membuktikan kelayakan mereka.



Ini adalah sebahagian daripada usaha Iras dalam memastikan pembayaran dijalankan dengan betul dan adil, kata kenyataan itu.



Sejumlah 443 majikan ini membentuk kira-kira 1.8 peratus daripada semua majikan yang layak untuk menerima pembayaran itu.



Majikan akan menerima pembayaran mereka setelah Iras mengesahkan kesahihan dan ketepatan maklumat yang dikemukakan.



Pembayaran mereka akan diselaraskan atau dinafikan jika mendapati isu semasa semakan.



JSS diperkenalkan tahun lalu untuk menyediakan sokongan gaji kepada majikan dan membantu syarikat mengekalkan kakitangan setempat semasa pandemik Covid-19.




PENINGKATAN JSS SEMASA TEMPOH FASA DUA (KEWASPADAAN DIPERTINGKAT) DAN FASA PENSTABILAN



KADAR SOKONGAN JSS BAGI SEKTOR:



Makanan & Minuman (F&B), gimnasium; gimnasium & studio kecergasan; pendidikan seni & persembahan seni



● 1-18 Ogos - 60%



● 19-31 Ogos - 10%



● 27 September-31 Oktober - 25%



Runcit (kecuali pasar raya dan kedai dalam talian); pawagam; muzium, galeri seni & tapak bersejarah; hiburan bagi keluarga



● 1-18 Ogos - 40%



● 19-31 Ogos - 10%



● 27 September-31 Oktober - 25%



Pelancongan; hospitaliti; pameran; persidangan



● 1-18 Ogos - 40%



● 19 Ogos-26 September - 10%



● 27 September - 31 Oktober - 25%



Penerbangan & aeroangkasa; pengurup wang; agensi pengembalian wang



● 1 Ogos-30 September - 10%




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >