Lebih 40kg dadah bernilai $2.3 juta dirampas, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Setempat0

Lebih 40kg dadah bernilai $2.3 juta dirampas

Apr 20, 2021 | 05:30 AM

LEBIH 40 kilogram dadah pelbagai jenis yang dianggarkan bernilai lebih $2.3 juta telah dirampas oleh Biro Narkotik Pusat (CNB) dalam satu operasi pada Jumaat lalu.

Ini termasuk sekitar 23.6 kilogram (kg) ganja - jumlah tertinggi dalam 25 tahun - dan 16.5 kg heroin, jumlah tertinggi dalam 14 tahun.

Sebelum ini, rampasan terbesar ganja di sini adalah 33.4 kg pada 1996. Ini diikuti rampasan terbesar heroin, iaitu 34.8 kg, pada 2001.

Dalam operasi pada 16 April itu, CNB juga merampasi 2kg Ice dan sekitar 110 tablet Ecstasy.

Menurut CNB, dadah yang dirampasi itu mencukupi untuk digunakan lebih 12,000 penyalahgunaan dadah selama seminggu.

Discover Malay Home Based Businesses

Suspek yang ditangkap adalah warga Malaysia berusia 22 tahun.

Dia ditangkap di tingkat pertama sebuah blok perumahan di Choa Chu Kang Avenue 4.

Empat ikatan bungkusan ganja seberat sekitar 1 kilogram ditemui dengannya.

Pegawai CNB merampas lagi lapan ikat bungkusan heroin, dua ikatan Ice dan tablet Ecstasy dalam bilik tidurnya.

Tablet Ecstasy yang dibentuk mirip watak kartun Hello Kitty itu ditunjukkan kepada media di sidang media semalam.

Siasatan terhadap kegiatan dadah dan suspek sedang dijalankan.

Jumlah dadah yang dirampas dalam operasi itu mencukupi untuk digunakan 7,880 penyalahgunaan heroin, 1,160 penyalahgunaan 'Ice' dan 3,380 penyalahgunaan ganja untuk seminggu, kata Superintenden Aaron Tang, pengarah jabatan risikan CNB.

CNB akan terus memantau kegiatan dadah dengan teliti dan mengambil tindakan yang segera untuk menangkap sindiket dan pengedar dadah, kata Superintenden Tang.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Try the new Halal Food Map